Wednesday, January 12, 2011

Penyakit Mental

Suatu penyakit agak serius ketika ini telah membelenggu masyarakat dunia hingga terjadi tindakan di luar jangkaan individu itu sendiri. Penyakit mental banyak cabang dan ciri bentuknya kadang kala sukar diketahui atau dikesan kewujudannya kerana ia datang tidak tentu masa, bila-bila sahaja ia akan menyerang individu tiada kekuatan dalaman dan tidak mengenal usia tua atau muda.

Siapa sahaja boleh terkena penyakit mental samada ringan atau kritikal malah kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada ditimpa penyakit mental yang berupa suatu ilusi, namun sudah terbukti bahawa manusia zaman teknologi tinggi sentiasa terdedah terhadap penyakit mental yang jarang dibicarakan dari masa ke semasa secara terbuka kerana ahli bijak pandai turut dipengaruhi penyakit mental yang sukar dikesan kehadirannya.

Pelbagai punca manusia zaman ini ditimpa penyakit mental dengan terciptanya peralatan teknologi tinggi yang memberikan manfaat dalam masa yang sama akan memberikan kesan sampingan yang menyumbang kepada kurang seimbang oksigen dalam tubuh seperti hand phone, alat gelombang serta alat industri tidak mesra alam dan lain-lain. Walaubagaimanapun peralatan teknologi tinggi mesti digunakan selaras dengan peredaran masa dan tuntutan kehendak keperluan masyarakat dunia.

Disamping peralatan teknologi tinggi, keadaan masa kini sibuk setiap hari menuntut orang ramai bertindak lebih cepat untuk memenuhi keperluan masing-masing dalam membina ekonomi cukup memuaskan. Maka tidak hairan timbul tekanan hidup yang berupa penyakit mental terbit dari perasaan tidak tenteram yang sukar dikawal.

Orang kuat bergurau kadang kala telah ditimpa penyakit mental yang susah dibendung, lantaran untuk menghilangkan tekanan perasaan, maka banyak orang suka bergurau bagi menghiburkan hati yang sedang diserang sakit mental dengan harapan supaya hilang, namun selepas bergurau penyakit mental kembali menyerang dengan lebih kritikal lagi.

Untuk menjalani gaya hidup sihat agar tidak ditimpa penyakit mental, tubuh badan anda harus cukup oksigen supaya otak segar setiap masa sekaligus dapat menangkis daripada serangan penyakit mental yang menyerupai ilusi dan banyak cabang punca sukar dikesan atau dipulihkan. Individu kurang daya tahan penyakit akan mudah diserang sakit mental yang mengganggu prestasi pencapaian tahap kualiti aktiviti harian.

Dapatkan sistem penyembuhan terbaik sepenuhnya supaya kualiti gaya hidup sihat yang anda jalani berkesan setiap masa untuk melawan pelbagai punca serangan kritikal penyakit mental. Sistem penyembuhan terbaik seperti produk teknologi nano dan lain-lain boleh merangsang sistem daya tahan tubuh badan berpanjangan hingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment