Friday, November 26, 2010

Habbatus Sauda ‘Nigella Sativa Linn’

Tumbuhan herba ditanam meluas masyarakat dunia untuk rawatan dan perubatan terkenal ribuan tahun semenjak dahulu hingga kini dari sudut saintifik terbukti hasil kajian para sarjana dunia perubatan.

Keistimewaan dan keunikan perubatan Nabi SAW lebih 1,400 tahun lalu, berdasarkan kebenaran bukti dalil samawi dan naqli begitu efektif cukup berkesan mendahului zaman teknologi tinggi ketika itu masih belum wujud kaedah rawatan dan peralatan teknologi. Khasiat dan manfaat Habbatus Sauda telah terdapat dalam Hadis Nabi hingga kini menjadi rujukan para Sarjana Dunia Perubatan khusus dalam reka cipta ramuan tanpa bahan kimia berasaskan astrak Habbatus Sauda disamping para Sarjana Islamic banyak memaparkan kehebatannya sebagai penawar dalam rawatan dan perubatan pelbagai penyakit kritikal.

Habbatus Sauda dalam Bahasa Arab atau Jintan Hitam dikenali dengan nama saintifiknya Nigella Sativa Linn, tanaman herba rempah ratus sebagai ramuan resepi masakan malahan dijadikan ramuan penawar pelbagai penyakit ketika zaman awal Tamadun Islamic sudah terlebih dahulu menjadikan amalan budaya gaya hidup sihat untuk menampuh aktiviti cukup lasak dengan kesibukan harian.

Herba tumbuhan liar berasal dari negara Mediterranean dan Asia Tenggara, berikutan banyak khasiat maka ia telah ditanam dengan meluas di pelbagai negara iaitu Syria, Asia Tenggara seperti India dan Parsi kini Iran, Eropah Selatan juga Afrika Utara terutama Mesir, bahkan ia mudah tumbuh biarpun tanah konteng lagi kering atau di tepian jalanan serta halaman kediaman kerana sifatnya yang begitu tahan lasak sehebat khasiatnya menyumbang daya tahan penyakit untuk manfaat manusia.

Rawatan aneka jenis penyakit dan sudah dikenali ribuan tahun dahulu oleh masyarakat Timur Tengah, India dan Pakistan yang terlebih awal menggunakan sebagai rawatan dan perubatan serta resepi masakan namun demikian tidak semua spesies boleh digunakan sebagai rawatan dan perubatan.

Habbatus Sauda herba rawatan dan perubatan ‘Phytotherapeutic mempunyai bahan aktif iaitu ‘Thymoquinone’ telah di ekstrak berkhasiat sebagai awet muda boleh mengurangkan penyakit Azheimer dan barah juga risiko penyakit jantung mengikut kajian saintifik Universiti Putra Malaysia.

Ibnu Sina Sarjana Islamic Timur Tengah dalam bidang perubatan menjadi rujukan saintis dunia maka tidak hairan nama beliau diabadikan dalam buku sejarah perubatan Timur dan Barat seperti bukunya Canon of Medicene menerangkan lebih lanjut kehebatan Habbatus Sauda yang dapat memulihkan rasa penat dan semangat serta perangsang tenaga juga memanaskan darah supaya aliran lebih lancar tanpa tersekat-sekat dan lain lagi.

Nabi Muhammad SAW bersabda ‘Sungguh dalam Habbatus Sauda itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali al-syam (Mati). Hadis Bukhari diriwayatkan dari Aisyah R.A.(Sahih Bukhari 5687). Hadis Muslim pula menyatakan: ‘Tidak ada satu penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian’. (Sahih Muslim 2215)

No comments:

Post a Comment