Wednesday, January 12, 2011

Hepatitis B

Infomasi ‘Kementerian Kesihatan Malaysia’ bahawa Hepatitis B punca utama kancer hati dan 100 kali lebih mudah berjangkit dari HIV, maka dapatkan nasihat doktor yang berdekatan sekiranya berlaku komplikasi terhadap amalan dan aktiviti yang meningkatkan risiko penyakit. Lakukan ujian dan dapatkan vaksinasi sebelum teruk.

www.myhealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my kemudahan telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan anda boleh layari untuk mendapatkan maklumat dan fakta terperinci yang boleh dipercayai untuk memenuhi gaya hidup sihat. Jangan terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak terutama sekali sesuatu yang nyata meragukan dan memudaratkan tahap kesihatan dalam jangka masa panjang.

Hepatitis B seandainya dibiarkan dan tidak dirawat dengan teliti akan menyebabkan Cirrhosis Hati dan Kanser Hati yang bertambah kritikal semakin hari, manakala anda kian tersiksa menanggung penyakit disamping itu turut menjangkiti masyarakat sekeliling terutama sekali keluarga terdekat mempunyai hubungan sangat akrab.

Hepatitis B satu penyakit serius ancaman Virus Heapititis B (HBV) akan menyerang hati dan boleh berjangkit kepada orang lain berdekatan anda. Anda dinasihatkan supaya tidak berkongsi barangan peribadi seperti cawan kumur, kapas, picagari, air, jarum dan pisau cukur serta lain-lain lagi sebagai langkah keselamatan untuk menjamin gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment