Jepun trend terbaru dunia pembuatan tandas pintar jenama Toto hasil reka cipta Jurutera saintifik syarikat perumahan Daiwa House sebagai peneraju pasaran produk tandas Waslet menyediakan perkhidmatan istimewa khusus warga emas, dilengkapi kemudahan sistem pemeriksaan kesihatan merangkumi analisis air kencing, tekanan darah, periksa suhu badan, ukur berat badan bersama skala timbangan binaan dalam.
Teknologi tinggi Jepun mesra alam sesuatu yang menarik perhatian industri dunia dari segi kualiti tinggi pencapaian gaya hidup sihat seiring perubahan dan perkembangan dunia zaman reka cipta produk khusus keperluan dalam rumah meluas penggunaannya. Semenjak mac 2009 sudah menembusi pasaran antarabangsa ke Eropah menjadikan tumpuan utama terhadap lapangan terbang dan perhotelan produk Waslet keperluan mewah bilik air cukup unik dan istimewa.
Pasaran AS dan China terlebih awal mendapat sambutan dan kini mengembangkan pasaran rantau Asia Tenggara dan rantau lain seperti Rusia, Brazil dan India serta lain-lain negara berpotensi untuk pasaran mewah bilik air sofistikated dan jimat elektrik lagi efektif.
Waslet tandas pintar, istimewa dan unik serta jimat elektrik begitu efektif ketika memanaskan tempat tempat duduk disamping dapat membuat kaji selidik sikap manusia sebagai pengguna seharian dengan mengambil masa hanya seminggu kenal pasti waktu penggunaan samada malam, siang dan tengah hari setelah itu suhu akan diaktifkan ketika waktu itu. Kemampuan sistem pintar simpan data hingga lima orang pengguna berlainan menjadikan tandas waslet terbaik di dunia. Sungguhpun harga pasaran di Jepun sahaja mencecah RM13,000.00 hingga RM18,580.00 namun sambutan tinggi merata-rata penggunaan 70% kediaman dan semakin mendapat permintaan meluas hingga keluar negara.
Keistimewaan Waslet tandas pintar memenuhi gaya hidup sihat menjelang abad ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan saringan kesihatan dan data boleh terus dihantar kepada komputer peribadi secara automatik. Setelah itu pengguna boleh hantar data dan emelkan kepada doktor. Warga emas Jepun sangat bertuah dengan adanya kemudahan ini, namun generasi muda sekaligus dapat manfaat yang sukar diperolehi di negara lain.
Keunikan Waslet tandas pintar dilengkapi ciri panel kawalan berkomputer dengan manual arahan Bahasa Jepun dan Piktogram-piktogram kecil juga turut disediakan semburan haruman, audio kebal bunyi dan set pancuran mandi serta sebuah skrin komputer cagak dinding khusus paparan terus data pemeriksaan kesihatan, maka tidak hairan harganya mewah produk dunia kualiti tinggi kerana itu semakin meluas dan mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran dunia.
Kebanyakan para pelancong asing baru, sering kali keliru dan saya sendiri kadang kala kurang faham biarpun pandai cakap Jepun disamping selalu melawat negara jepun. Kehebatan produk Jepun status dunia mencapai misi gaya hidup sihat zaman teknologi tinggi untuk kepentingan masyarakat dunia dalam masa sama membina ekonomi global hasil penggunaan industri perumahan, perhotelan, hospital dan terminal lapangan terbang juga seumpamanya industri antarabangsa berpotensi dan berdaya saing di dunia.
No comments:
Post a Comment