Ketika Zaman Rasulullah SAW Zafaran atau Safron sudah digunakan terutama sekali untuk Minda kerana merangsang kekuatan daya ingatan hasil pertumbuhan sel-sel otak semakin sihat. Syaidina Ali r.a. memiliki kekuatan ingatan begitu luar biasa dikagumi sahabatnya dan banyak lagi keistimewaan herba ini mengikut fakta ahli Saintis terkenal dunia.
‘Longgok Emas Gurun Pasir’ gelaran terkenal Zafaran tumbuhan herba zaman silam cukup tinggi nilai dan khasiat yang hanya boleh dimiliki para raja dan bangsawan sehingga tidak mampu digunakan kalangan orang ramai untuk mendapatkan manfaatnya dari sudut kesihatan.
Zafaran dikenali dengan nama safron atau koma-koma tumbuhan herba famili Iridaceae cukup terkenal begitu mahal akan menghasilkan hanya sedikit sahaja lima sampai tujuh kilogram Zafaran kering dalam lot tanah seluas satu hektar. Zafaran atau Safron diambil dari stigma bunga Saffron Crocus, ia sejenis bunga begitu cantik dan cukup menarik berwarna ungu muda, sekuntum bunga Zafaran akan keluar tiga stigma warna merah boleh dipetik ketika musim luruh sahaja. Keadaan dan tumbesarannya juga sangat romantik disamping menghasilkan gaya hidup sihat bila diamalkan berterusan, khazanah alam berhasiat mahal dan kualiti tinggi.
Crocus Sativus nama saintifik Zafaran. Keunikannya lebih 60 nama dari kalangan negara dunia seperti negara China dikenali sebagai ‘Fang Hong Hua’ dan India dikenali ‘Kesar’ manakala Jepun dipanggil Safuran malah meluas penggunaannya dalam bidang perubatan dunia terutama Timur Tengah, Eropah, India, Rusia, Jerman dan lain-lain negara.
Industri minyak wangi pembuatan produk ‘Attar Za’faran’ hasil campuran Zafaran dengan Cendana, begitu juga Industri Makanan dan Minuman menghasilkan produk inovasi melalui ramuan campuran tulin semula jadi untuk mengekalkan khasiatnya mencegah pelbagai penyakit kritikal di pasaran dunia komersial kerana komposisi bahan kimia aslinya dalam stigma bunga Zafaran seperti asid amino, vitamin dan mineral, karbohidrat dan protein serta flavonoid. Tidak ketinggalan Industri Kosmetik turut keluarkan produk ‘antioksida’ melambatkan proses penuaan, pencerah kulit dan rawatan jerawat serta penyakit kulit dan lain-lain.
Zafaran telah diamalkan semenjak dahulu kala untuk memperbaiki tahap kesihatan kerana kaya khasiat B2 (riboflavin) dan vitamin B1 (tiamin) disamping pigman berwarna seperti likopen, antosianin, krosin dan karotena serta zeaksantin terdapat pada Zafaran.
Zafaran mengeluarkan aroma wangi dengan kehadiran safranal begitu juga rasanya pahit kerana mengandungi pikrokrosin, maka itu ia digunakan dalam masakan masyarakat dunia di Timur Tengah dan India Serta Eropah dan lain Negara sebagai perisa dan cirinya memberikan warna. Masyarakat India gemar campurkan dalam minuman, nasi dan pencuci mulut. Manakala Negara Teluk suka menghidangkan tetemu dengan minuman campuran buah pelaga, kopi dan zafaran.
Keluarga kami juga sudah sekian lama mengamalkan penggunaan Zafaran dalam minuman dan makanan agar menikmati gaya hidup sihat berpanjangan sehingga kini untuk mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, migrain, selesma, cacar, sakit sendi, keluarkan dahak, asma, sakit kepala, lelah, kitaran haid, resdung, menambahkan tenaga serta cegah sengal tulang, rawatan kulit atau cegah jeragat dan jerawat serta letih bekerja dan sebagainya.
Mengikut kajian Pakar Saintifik 'Estrak Zafaran' dapat mencegah penyakit jantung dan menurunkan tekenan darah, hepatitis A dan B (bengkak hati) secara langsung boleh cegah asma kerana melancarkan sistem respirasi, kanser, radang paru-paru, radang mata, lumpuh. Kehebatannya Zafaran diaplikasi sebagai ‘sedatif’ menjadi rumusan penenang mencegah penyakit murung akibat terlalu gelisah (runsing).
No comments:
Post a Comment