Saturday, February 22, 2014

Ikan Salmon

Hidupan laut pelbagai Spesies yang mengandungi khasiat pemakanan untuk tubuh badan memenuhi kesihatan supaya dapat meningkatkan sistem imunisasi sepanjang hari menjalankan tugas. Ikan Salmon bukan sahaja dijadikan lauk, kini Estraknya turut dijadikan bahan rumusan pemakanan tambahan, kosmetik dan pelbagai pengeluaran industri kecantikan komersil sedang hebat bersaing di dunia pemasaran tanpa sempadan untuk memenuhi keperluan pemakanan masyarakat berbilang kaum yang semakin sibuk. 

Khasiat Ikan Salmon kaya Amino Acid/Asam Asid, Vitamin A, B, dan C, Selenium, Kalsium, Zat Besi, Omega -3 dan Protein.

‘Omega 3 fatty acid atau Omega 3 asid lemak’ boleh mencerahkan penglihatan dan baik untuk kesihatan mata bermanfaat untuk para pelaajar dan sesiapa yang suka membaca serta membawa kereta perjalanan jauh kerana mata sentiasa sihat bila mengamalkan makan ikan Salmon. Sekiranya kos mahal, sila pilih ekstrak daripada ikan Salmon dalam bentuk Pil atau Gel untuk pemakanan kerana ia cukup mudah dan murah malah boleh di bawa dan makan di mana sahaja.

Keistimewaan ikan Salmon mengandungi Amino acid atau Asam Asid berfungsi memperbaiki Insulin, Sendi dan mencegah Inflamasi iaitu keadaan tubuh menjadi merah dan sakit, bengkak bila ia bertindak balas akibat kecederaan atau jangkitan kuman atau disebabkan kerosakan tisu akibat bahan kimia Serta mencegah penyakit Diabetes, Darah Beku dan Kardiovaskular.

Nutrisi atau pemakanan berkhasiat dan seimbang untuk tubuh bukan berasaskan ubatan daripada ikan Salmon mengandungi vitamin A, B, dan D, Selenium, Kalsium, Zat Besi boleh memperbaiki sel jaringan kuku, rambut, enzim dan hormon iaitu merupakan sebatian kimia akan bertindak menyampaikan  maklumat atau memberikan isyarat antara sel-sel badan melalui darah yang penting dalam transduksi isyarat organisma multisel dan Hormon tergolong antara jenis dan sifat kimia sebagai contoh  Lipid  (testosteron), Amina (Tiroksina) dan Peptida (Insulin).

Ikan Salmon kaya Protein boleh berfungsi membentuk otot dan turut membantu pembakaraan lemak dalam tubuh manusia dengan lebih baik kerana tidak boleh di cerna dengan begitu mudah berbanding Karbohidrat hasil daripada pemakanan berterusan. Ia sesuatu cukup menarik sebagai hidangan menu lauk pauk.

Lebih menarik lagi Omega 3 dalam kandungan ikan Salmon memperbaiki Sistem Otak untuk berfikir lebih bijak dan cepat juga mencegah penyakit Alzheimer dan menurunkan Stres/Tekanan iaitu keadaan rasa cemas atau tegang juga resah, biasanya menghadapi tekanan kerja juga akibat tekanan mental atau fizikal.

Anda boleh pilih bentuk pemakanan yang ringkas namun berkhasiat untuk tubuh badan sebagai keperluan tenaga harian kerana bila badan mula sakit dan sudah kritikal mungkin memerlukan rawatan dengan kos tinggi yang tidak mampu dibayar disamping banyak lagi produk pemakanan kesihatan sedang berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment