Wednesday, January 12, 2011

Kurma Industri Dunia

Makanan dunia yang terkandung dalam Al-Quran ialah Kurma, namanya diabadikan sebagai makanan paling cepat bertindak dalam tubuh dan lain-lain makanan terbaik dunia turut disebut dalam Qalam Tuhan Maha Agung. Tidak boleh dipertikaikan khasiatnya memenuhi gaya hidup sihat masyarakat dunia yang kini menjadi industri jus minuman kesihatan pasaran dunia.

Allah SWT berfirman dalam Surah Maryam, Ayat 25-26: “Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”. Allah SWT menyuruh Saidatina Maryam makan kurma supaya lebih bertenaga ketika melahirkan puteranya Nabi Isa AS, berikutan kurang dan hilang tenaga serta darah yang banyak.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Rumah yang tiada kurma necaya penghuninya akan kelaparan”. Jelas merujuk terhadap khasiat kurma dalam menjana gaya hidup sihat yang boleh membekalkan tenaga berpanjangan seharian untuk para penghuni rumah itu yang tidak akan kelaparan seharian seperti berpuasa atau amalkan diet secara sihat tanpa pengambilan bahan menjejaskan tubuh badan.

Sabda Nabi Muhhamad SAW: “Sesiapa makan kurma Ajwa tujuh biji, maka pada hari itu dia tidak akan ditimpa sihir dan angkara syaitan”. Rasulullah SAW sangat menggemari kurma Ajwa yang mempunyai kualiti tinggi dan banyak khasiat namun ia hanya tumbuh di Madinah, Arab Saudi sahaja. Keistimewaan kurma Ajwa sehingga digelar kurma nabi, memiliki tekstur lembut dan berwarna hitam juga tidak manis serta mempunyai rasa hampir sama seperti kismis.

Kelebihan dan khasiat kurma telah disebut dalam Al-Quran dan Hadis. Kurma (Phonex Dactylifera) berbuah setahun sekali dan tumbuh merata tempat suhu tinggi serta mempunyai ratusan spesies. Kurma yang terkenal seperti kurma Ajwa dikenali kurma Nabi, Sekki, Mabroom, Rotob (Kurma Madu), Safawi, Khudri, Anbar, Medjoul, Monief, Sufri, Mariami, Sokari, kholas dan Mozafati.

Keistimewaan kurma tidak rosak disimpan dalam jangka masa panjang namun kulitnya akan kering kerana kandungan gula sejat pada kulitnya disamping itu cukup baik untuk melawaskan perut dan sangat sesuai terhadap penggemar diet gaya hidup sihat atas kemampuan kurma membekalkan tenaga berpanjangan seharian dengan aktiviti yang memerlukan keseimbangan tenaga dan oksigen.

Negara pengeluar utama kurma dunia terdiri daripada Arab Saudi, Iran, Algeria, Iraq, Mesir dan Tunisia. Pasaran dunia hanya harga borong sahaja sekilogram Kurma Ajwa RM120.00 dan Mabroom RM45.00 serta Hilwa RM28.00 secara purata Kurma Arab Saudi lebih mahal kerana rasanya lebih lazat mengikut gred.

Komoditi kurma kini mengalami revolusi drastik dapat memperbaiki gaya hidup sihat masyarakat dunia, selain meningkatkan tahap ekonomi dengan pengeluaran aneka produk kesihatan minuman dan makanan seperti jus, kek, aiskrim, manisan dan sirap hasil sumber kurma mesra alam dan halal mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan sesuai dengan semua iklim negara. Kurma pasaran Buraidah sahaja dengan nilai dagangan harian mencecah hampir AS$7 juta (RM22.4 juta) justeru itu pihak berkuasa bina kompleks gudang untuk dagangan elektronik merentas sampadan pasaran Dunia.

No comments:

Post a Comment