Monday, February 7, 2011

Gula Dalam Perisa

Aneka nama gula dalam minuman dan makanan mengikut label antaranya Maltosa, Sirap Jagung, Sirap Pekat, Dekstrosa, Gukosa dan Sukrosa serta berbagai jenis lagi yang tidak diketahui turut disalut dalam sajian harian.

Lantaran perubahan zaman dan permintaan pasaran era globalasi maka tercipta pelbagai produk seperti susu dan hasil tenusu serta buah-buahan juga sayur-sayuran berkanji dan lain-lain lagi terdapat dipasaran. Makanan dan minuman kini, kadangkala mengandungi gula melebihi keperluan pemakanan harian antaranya minuman Kordial dan bergas, kuih-muih tradisional dan makanan proses serta pemakanan buatan sendiri yang melebihi had keperluan tubuh badan disamping makan dan minum diluar rumah turut menambahkan lagi kandungan gula dalam darah.

Gula berlebihan dalam tubuh akan mengakibatkan komplikasi darah tinggi, obesiti, karies gigi dan diabetis serta penyakit jantung dan sebagainya yang akan menular tanpa disedari sehingga ke paras kritikal, sukar dicegah dan dirawat sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga semenjak dari peringkat awal lagi untuk membiasakan jadual pemakanan gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment