Friday, November 26, 2010

Nenas ‘Ananas Comosus’

Spesies tumbuhan Tropika kaya khasiat bermanfaat untuk keperluan masyarakat global yang semakin mendapat sambutan dipasaran dunia. Buah nenas dipanggil pineapple mengikut bahasa Inggeris lantaran rupa bentuk yang sama dengan pokok kon pain.

Negara tempat asal nenas iaitu Bolivia, Paraguay dan Brazil banyak sekali menanamnya dan sudah terkenal sejak dahulu lagi, namun di Malaysia terdapat juga nenas tetapi terhad penanaman dan pengeluaran hasil khususnya makanan dalam tin seperti mana negara maju.

Nenas produk minuman yang lazat tetapi kurang sesuai bagi ibu mengandung kerana sifatnya yang tajam dan kuat dikhuatiri akan memberi kesan sampingan terhadap bayi kandungan sekiranya diminum dalam kuantiti yang banyak. Seandainya ibu-ibu ingin menikmati nenas tunggu selepas beberapa bulan setelah melahirkan bayi, ini penting untuk kebaikan bayi sekurang-kurangnya selepas emam bulan umur bayi. Apa pun keadaan biar sedarhana asas pemakanan yang diambil dan ia akan kurang kesan sampingan yang menjejaskan tahap kesihatan para ibu sekiranya tidak berlebihan.

Keistimewaan nenas mempunyai khasiat vitamin A, B1 dan C yang tinggi serta asid sitrik berkesan menyingkir lemak dalam tubuh dan boleh kuruskan bentuk tubuh badan sampai ramping macam saloma. Sangat menarik ia mampu merawat barah serta enzim buah nenas hapuskan fibrin yang mengakibatkan strok dan penyakit jantung malah menguatkan daya tahan badan juga meredakan bengkak-bengkak. Melancarkan peredaran haid dan berkesan menangani masalah pundi kencing, cacing, badan lesu dan pencernaan.

Jus nenas boleh mengatasi kekeringan bahagian muka dan bibir, manakala air nenas muda sesuai sebagai rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan mematikan cacing dalam perut. Buah nenas dimakan atau boleh dijadikan jus minuman untuk cuci tubuh badan, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, melawaskan kencing dan deman kuning serta masalah hati.

Pokok nenas dan buahnya boleh dijadikan hasil sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid sitrik dan asid malik, malahan batang dan buahnya boleh digunakan untuk melembutkan daging tanpa bahan tambahan. Nenas sesuai untuk pengamal gaya hidup sihat sebagai impian bentuk tubuh langsing dan pejal, badan kurang lemak berhimpun seperti pinggang, paha, leher dan lengan serta lain-lain angota tubuh badan.

No comments:

Post a Comment