Sunday, July 11, 2010

Kejelitaan Tulin

Semua wanita di dunia ini mendambakan kejelitaan namun tidak semua memiliki kejelitaan semula jadi, maka kejelitaan boleh dimiliki setiap wanita dengan memelihara bentuk tubuh dan wajah setiap masa ada kesempatan membalai penuh kesungguhan agar memiliki tubuh yang menawan dan wajah jelita.

Kejelitaan suatu impian para wanita yang berusaha dan tidak putus asa supaya paras rupa hari demi hari kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Semua wanita mahu cantik tidak kira tua atau muda terpulang kepada seseorang itu membuat keputusan. Siapa yang tidak merasa puas dan selesa seandainya memiliki wajah begitu jelita, siapa terpandang pasti akan terpikat meskipun tidak jatuh cinta. Siapa yang tidak merasa gembira seandainya memiliki tubuh yang menawan biarpun tidak menyertai pertandingan namun begitu selalu sahaja jadi pemenang bila berjalan bergandingan bersama rakan.

Kejelitaan jua suatu ciri Gaya Hidup Sihat disamping dapat melahirkan perasaan cukup gembira sepanjang masa dihabiskan, apa sahaja aktiviti harian pasti akan merasa lebih yakin dengan penampilan semula jadi. Jangan hairan kalau anda jadi tumpuan mata lelaki dan perempuan kerana kejelitaan suatu daya tarikan semula jadi.

Banyak makan buah-buahan supaya kulit sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Minum jus buah-buahan untuk mengekalkan kecantikan dan kandungan air dalam kulit muka agar sentiasa cerah kerana kesibukan aktiviti harian akan menjejaskan isi padu nutrien kulit wajah. Beli ‘alat rawatan air’ kualiti tinggi khusus minuman air bersih keperluan tubuh dan kulit cantik sebab air masa kini sudah tercemar disamping jimat tidak perlu masak air.

Saya selalu amalkan minum jus buah-buahan seperti jus orange, jus manggis, jus buah kiwi dan banyak lagi, hasilnya kulit cantik dan pejal disamping turut ambil makanan tambahan serta cuci muka dan minum air bersih dengan alat rawatan air kualiti tinggi sampai sekarang sudah 5 tahun masih baik dan boleh digunakan. Meskipun saya lelaki namun penjagaan diteruskan agar kulit wajah lebih sihat dan selesa, paling penting sekali kulit dapat bernafas dan banyak oksigen tanpa pengambilan pelbagai kosmetik hanya guna pencuci dan penyegar serta pelembap ketika hendak tidur malam sahaja dua kali seminggu kerana masa dulu banyak pergaulan dengan pakar kesihatan dan kecantikan kulit dari Mesir, Jepun, Korea dan U.S.A serta Switzerland dan banyak lagi, serba sedikit tahu teknikal pelihara kecantikan kulit wajah supaya sentiasa ideal mengikut sesuatu perbezaan musim iklim negara.

Peristiwa hidup cukup menarik hanya sekali sahaja pergi hospital kerana sakit perut ketika usia 12 tahun, kini 44 tahun dan semanjak kecil hingga sekarang muka tidak ditumbuhi banyak jerawat. Dalam tempuh 5-10 tahun hanya satu jerawat tumbuh di wajah dan lain faktor menjejaskan wajah sangat kurang kerana selalu amalkan gaya hidup sihat untuk memelihara kulit supaya tidak terjejas. Sebenarnya banyak kaedah dan teknikal saya amal khusus mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang masa untuk kesejahteraan hidup disamping paparan ini kongsi kreativiti dikalangan masyarakat dunia.

No comments:

Post a Comment