Sunday, July 11, 2010

Hiburan Mental

Hati yang sentiasa gembira akan mudah menerima hakikat sebenar dirinya dan cepat merubah keadaan sikap serta nasib kehidupannya kearah impian hidup lebih kualiti bersaing dengan masyarakat dunia dalam memperbaiki taraf ekonomi keluarga. Satu ciri insan yang sentiasa gembira tidak akan di serang perasaan gelisah atau murung yang menjejaskan prestasi hidup, kelebihan orang yang sentiasa gembira terlepas dari pelbagai masalah dan penyakit sekaligus membina gaya hidup sihat.

Semua masyarakat dunia sangat suka hiburan tetapi tidak pandai memilih hiburan ke arah impian gaya hidup sihat yang akan menambahkan kebahagiaan berterusan, hiburan yang dilalui setiap masa melalaikan sedikit-sebanyak menjejaskan gaya hidup sihat dan melumpuhkan ekonomi yang sedang dibina sekian lama, akhirnya prestasi hidup tidak berpotensi mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar. Bila ini terjadi, maka jangan hairan melihat sikap masyarakat kian bingung sehingga terjadi keruntuhan moral di seluruh dunia, inikan pula di negara kita.

Gaya hidup sihat merangkumi semua aspek kehidupan, sekiranya diabaikan corak kehidupan akan cepat terjejas terutama sekali tahap ekonomi yang menjadi tunjang kebahagiaan ahli keluarga disamping itu lain-lain urusan penting tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berkesan. Sudah tentu akan menambahkan lagi kerugiaan besar yang melibatkan ahli keluarga dan senario ini semakin berleluasa hingga sukar dibendung sekalipun melibatkan keadah stratejik dan profesional.

Gaya hidup sihat bukan hanya terbatas kepada pemakanan sahaja malah merangkumi semua aspek kehidupan yang dipandang ringan kebanyakan masyarakat dunia, akibatnya pelbagai punca menimpa masyarakat hari ini yang banyak berkait rapat dengan gaya hidup sihat.

Kombinasi gaya hidup sihat hari ini adalah hiburan mental yang sesuai pada zaman teknologi tinggi, maka pilih hiburan yang dapat memperbaiki mental setiap masa sesuai dengan perubahan berterusan.

No comments:

Post a Comment