Sunday, July 11, 2010

Buah Manggis

Tumbuhan buah-buahan paling baik kalangan buahan tropika yang mengandungi aneka jenis bahan biologi aktif dalam kuantiti besar. Bahan aktif Xanthones suatu kumpulan molekul cukup unik. Xanthones di kenali sebagai Adaptagenens kerana keunikan bahan ini menyesuaikan dalam tubuh manusia dan membantu tubuh berfungsi lebih baik. Manggis tumbuhan herba terbukti sebagai antioksida dengan kombinasi pelbagai khasiat untuk kesihatan organ dalaman sistem tubuh manusia yang dapat mencegah pelbagai punca penyakit kronik.

Kajian ahli saintis dunia buah manggis mempunyai bahan aktif biologi paling kaya dengan antioksida sangat tinggi dan berkesan mengatasi semua buahan tropika disamping itu mengandungi khasiat polysaccharides, stilbenes dan vitamin juga keunikan buah manggis mempunyai makanan tambahan bioaktif cukup hebat iaitu Xanton.

Xanton?
Suatu komponen aktif biologi mempunyai ciri antioksida dan mengandungi lebih 200 Xanton serta 40 lagi terdapat di kulit manggis. Kelebihan manggis berbanding lain buahan yang boleh mencegah pelbagai punca penyakit kritikal.

Bahan aktif Xanton mempunyai kesan sangat positif keatas sistem tubuh manusia secara keseluruhan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan kerana bahan kandungan manggis yang tulin dapat mencegah daripada diserang serangga mahluk perosak ketika manggis tumbuh, begitu juga kandungan buah manggis yang unik banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia sebagai antioksia begitu tinggi.

Manggis satu buah-buahan tropika kaya sumber ‘Super Antioksida’ terkenal semenjak dahulu kala dalam bidang perubatan untuk kesejahteraan hidup manusia terutama sekali untuk kecantikan dikalangan wanita zaman dahulu.

Sangat banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan, maka tidak hairan masyarakat dunia zaman teknologi tinggi sangat mementingkan gaya hidup sihat agar dapat bergerak dengan lebih aktif untuk memenuhi keperluan.

No comments:

Post a Comment