Suatu sumber tenaga merupakan karbohidrat ringkas yang cepat diserap dalam tubuh badan. Selama berabad lamanya, ramai kalangan pakar pemakanan dunia menganggap lemak sebagai punca kegemukan, maka masyarakat hari ini pula bersungguh-sungguh mengurangkan makanan berlemak namun semakin gemuk, hakikatnya gula kian hari berlebihan diambil tanpa disedari atau tidak dihadkan, lumrah sebagai manusia minuman dan makanan manis lebih dirasakan deria lidah begitu lazat berbanding tanpa perisa manisan.
Gula dalam minuman ringan, gula tambahan (free sugar) senang didapati dipasaran terbuka, cepat dan ringkas. Dalam darah yang mengandungi banyak lebihan gula akan bertukar menjadi lemak. Hanya sedikit minuman ringan sahaja, tubuh sudah menghasilkan lemak yang sukar untuk dihancurkan malah cepat mendapat bermacam jenis penyakit. Sedar atau tidak sedar anda mengundang penyakit digeruni akan menyerang diri anda sekian masa.
Satu tin minuman ringan mempunyai nilai kandungan lebih kurang 150 kalori tanpa apa-apa nilai pemakanan kualiti. Sebanyak 20 tin minuman ringan sama juga isi padu penghasilan 1 paun lemak dalam tubuh badan. Ini belum ambil kira nilai pemakanan gula dalam juadah yang menjadi kudapan sarapan dan dimerata tempat serta makanan ringgan sneks yang pepolur pada masa kini.
Kajian saintifik di Amerika Syarikat, kadar kandungan kalori 1 tin minuman ringan free sugar (7-8 sudu teh gula) sehari, lantaran itu bilangan kanak-kanak gemuk mendadak hingga 60% membimbangkan ayah dan ibu, begitu juga di kalangan negara maju yang lain dan negara membangun tidak kurang pula negara tidak membangun semakin hari kian meningkat kadar kegemukan dikalangan kanak-kanak.
Di Malaysia, kegemukan dikalangan wanita sangat ketara mencapai nisbah 62% dan lelaki 48% akibat pemakanan tidak sihat dan kurang berkualiti, disamping diet harian tinggi lemak dan kurang pula aktiviti fizikal akan menyumbang lebihan lemak dalam tubuh badan.
Rakyat Malaysia menjangkau purata 28.31 juta tahun 2009 dengan kekuatan pengedaran gula domestik 806,381.88 metrik tan, campur gula industri 1,281,183.04 metrik tan, nilai kadar pengambilan gula domestik perkapita sehari 78 gram atau 16 sudu teh sehari sama juga 16% keperluan tenaga bagi orang dewasa campur nilai kadar pengambilan gula industri sehari 124 gram atau 25 sudu teh sama juga 25% keperluan tenaga orang dewasa hanya dalam sehari sahaja.
Kajian saitifik di Malaysia, peningkatan berat badan menyebabkan obesiti 62% wanita dan 48% lelaki. Menjelang 1996 prevalents pesakit diabetis 6.3% kalangan usia 30 tahun meningkat 14.9% tahun 2006. Manakala tahun 2002/2003 pengambilan gula tambahan (free sugar) dalam minuman kalangan dewasa 7 sudu teh sehari (51g) 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh(30g) susu pekat manis. Pada tahun 2006 orang dewasa lebih berat badan 29.1% dan obesiti 14.0%.
Dalam data sistem Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak usia 5 tahun menjangkau 76.5% (2005) dan kanak-kanak usia 6 tahun 80.9% (1997). Gula bukan sahaja menghasilkan lemak dalam tubuh tetapi juga boleh menjadikan pembentukan karies gigi cukup kritikal sehingga menjejaskan kesihatan serta penampilan diri.
Gula semula jadi terdapat dalam makanan mempunyai nilai kandungan karbohidrat seperti ubi-ubian, pasta mi, roti dan nasi manakala dalam buah-buahan gula dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.
Pemakanan gaya hidup sihat dalam pengambilan gula setiap hari tidak melebihi 10% dari purata tenaga harian disarankan WHO (2003). Orang dewasa tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
No comments:
Post a Comment