Sunday, May 2, 2010

Migrain

Ibu hamil sering kali di serang migrain, kesihatan sampingan deman atau alahan serta rasa mual ada kaitan dengan hormon sistem tubuh, terutama awal kehamilan. Kadang kala pengambilan makanan seperti kopi, nanas, coklat dan keju serta lain-lain makanan atau minuman yang anda sendiri dapat merasa ada perubahan berlaku, cuba kurangkan.

Lakukan senaman ringan untuk hilangkan tekanan, amalkan terapi yang sesuai dengan anda atau mandian sejuk dan suam-suam tidak keterlaluan. Banyak rehat dalam suasana segar, suhu selesa, tidak terlalu sunyi dan tidak terlalu bising. Cahaya bilik sedarhana jangan terlalu gelap, selain boleh melihat keadaan sekeliling, boleh elakkan daripada tersungkur dan dan rasa gelidah juga rasa debaran.

Sentiasa ingat terhadap Tuhan, bahawa kita manusia daif tiada upaya dan perlukan pertolongan melalui usaha dan doa baru tawwakal. Disamping itu kuatkan dan mempunyai keyakinan tinggi sebagai hamba ciptaan Tuhan.

Kawal pengambilan gula terutama sekali kopi pekat manis tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana bimbang kesan sampingan terhadap kandungan atau bahaya bayi comel mati dalam kandungan (keguguran). Perkara ini pernah terjadi kepada adik ipar saya sendiri yang gemarkan pengambilan minuman tersebut tetapi kajian saintifik belum ada yang hangat didokumentasikan berhubung kes itu namun kita harus waspada dan ambil langkah berjaga-jaga, walaubagaimanapun bahawa kejadian sebenar hanya dengan kuasa Tuhan tetapi kita adalah insan lemah tidak mengetahui sesuatu harus waspada kemungkinan sebab tertentu maka akibatnya tertentu demikian.

Protein biar lebih sedikit seperti ikan, ayam buang kulit, daging kurang lemak dan jagung. Kekacang legum atau soya diproses sendiri banyak membekalkan protein. Makan serat buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh. Ingat jangan ambil berlebihan, boleh ambil sedarhana avocado, bijisn flaks, zaitun dan makanan bergoreng kerana sumber makanan ini terbina dalam bentuk minyak. Kurang pengambilan juadah bergula dan makanan kolestrol tinggi.

Setiap masa harus tenangkan diri dan bersabar supaya tidak diserang stres atau perasaan tertekan atau tekanan jiwa. Minum air putih/kosong sejuk sedikit untuk menghilangkan tekanan perasaan, biasanya ibu hamil mudah terpengaruh oleh situasi seumpama itu. Tahukah anda tekanan perasaan menjadikan darah gemuruh atau penik, kadang-kadang situasi tekanan perasaan tidak dapat dikawal akan mengurangkan kesabaran dan cepat marah tak tentu pasal hingga sebab kecil menjadi besar, sesetengah kes boleh pening atau pitam kerana memori sudah bercelaruh/kusut terlupa sementara waktu dan akan pulih semula seandainya anda boleh bertenang, bawalah releks serta merta tekanan jiwa akan hilang kerana minda anda sudah memperbaiki sistem saraf tubuh menjadi normal daripada kesakitan pemikiran yang terus meransang ke otak akibat kekurangan oksigen dalam tubuh hingga sel-sel otak kurang berfungsi dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment