Sunday, May 2, 2010

Kuasa Minda

Menggunakan sepenuhnya alam semula jadi supaya memiliki kekuatan minda. Seimbangkan sistem tubuh manusia agar lebih sihat untuk kehidupan semua organ, sel-sel saraf dan sebagainya.

Oksigen lebih banyak dihasilkan dalam tubuh badan. Membina sel mati dan singkir toksis serta memperbaiki sistem pertahanan tubuh agar lebih aktif disamping itu menambahkan tenaga lebih kuat dan menjadikan kulit cantik lagi halus.

Minda yang mempunyai kualiti tinggi lahir dari pemakanan yang sihat, bersih lagi suci dan halal serta tiada unsur subhat. Makanan yang tercemar dengan perkara subhat akan mempengaruhi nilai kualiti minda sehingga kuasa minda terjejas teruk dan tidak berfungsi sebagai minda yang mempunyai kuasa yang kuat dan mantap. Setiap minda mempunyai kuasa dalaman berbeza sesama manusia, bergantung terhadap diri seseorang itu memelihara kuasa mindanya sama ada bertambah kuat atau menjadi lemah.

Minda memerlukan latihan dan pemuliharaan untuk menjadikan satu kuasa minda yang lebih baik berbanding orang kebanyakan yang tidak memperdulikan keistimewaan memiliki kuasa minda yang luar biasa.

Otak yang segar akan mengeluarkan rangsangan tahap kecerdasan emosi (emotional intelligence) cukup tinggi dikalangan manusia yang mencapai kejayaan di dunia. Tidak hairan sesiapa sahaja yang memilikinya akan mencapai kejayaan luar biasa, sungguhpun tahap akademik rendah tetapi pencapaiannya adalah tertinggi berbanding pakar dan profesional. Ini telah terbukti semenjak dahulu lagi apatah lagi di zaman teknologi tinggi yang banyak melahirkan insan-insan cemerlang memecehkan rekod dunia disamping gabungan kepakaran dan kemahiran profesional.

Betapa penting menjaga tahap kesihatan untuk menjana gaya hidup sihat kerana masa kini aktiviti harian memerlukan tenaga tambahan ke arah hidup lebih cemerlang. Pemakanan sihat melahirkan pemikiran yang sihat seterusnya mencetuskan tindakan bijak dan tersusun rapi dikalangan generasi baru dalam membangun dan membina ekonomi bertaraf dunia tanpa sempadan.

No comments:

Post a Comment