Saturday, February 22, 2014

Ikan Salmon

Hidupan laut pelbagai Spesies yang mengandungi khasiat pemakanan untuk tubuh badan memenuhi kesihatan supaya dapat meningkatkan sistem imunisasi sepanjang hari menjalankan tugas. Ikan Salmon bukan sahaja dijadikan lauk, kini Estraknya turut dijadikan bahan rumusan pemakanan tambahan, kosmetik dan pelbagai pengeluaran industri kecantikan komersil sedang hebat bersaing di dunia pemasaran tanpa sempadan untuk memenuhi keperluan pemakanan masyarakat berbilang kaum yang semakin sibuk. 

Khasiat Ikan Salmon kaya Amino Acid/Asam Asid, Vitamin A, B, dan C, Selenium, Kalsium, Zat Besi, Omega -3 dan Protein.

‘Omega 3 fatty acid atau Omega 3 asid lemak’ boleh mencerahkan penglihatan dan baik untuk kesihatan mata bermanfaat untuk para pelaajar dan sesiapa yang suka membaca serta membawa kereta perjalanan jauh kerana mata sentiasa sihat bila mengamalkan makan ikan Salmon. Sekiranya kos mahal, sila pilih ekstrak daripada ikan Salmon dalam bentuk Pil atau Gel untuk pemakanan kerana ia cukup mudah dan murah malah boleh di bawa dan makan di mana sahaja.

Keistimewaan ikan Salmon mengandungi Amino acid atau Asam Asid berfungsi memperbaiki Insulin, Sendi dan mencegah Inflamasi iaitu keadaan tubuh menjadi merah dan sakit, bengkak bila ia bertindak balas akibat kecederaan atau jangkitan kuman atau disebabkan kerosakan tisu akibat bahan kimia Serta mencegah penyakit Diabetes, Darah Beku dan Kardiovaskular.

Nutrisi atau pemakanan berkhasiat dan seimbang untuk tubuh bukan berasaskan ubatan daripada ikan Salmon mengandungi vitamin A, B, dan D, Selenium, Kalsium, Zat Besi boleh memperbaiki sel jaringan kuku, rambut, enzim dan hormon iaitu merupakan sebatian kimia akan bertindak menyampaikan  maklumat atau memberikan isyarat antara sel-sel badan melalui darah yang penting dalam transduksi isyarat organisma multisel dan Hormon tergolong antara jenis dan sifat kimia sebagai contoh  Lipid  (testosteron), Amina (Tiroksina) dan Peptida (Insulin).

Ikan Salmon kaya Protein boleh berfungsi membentuk otot dan turut membantu pembakaraan lemak dalam tubuh manusia dengan lebih baik kerana tidak boleh di cerna dengan begitu mudah berbanding Karbohidrat hasil daripada pemakanan berterusan. Ia sesuatu cukup menarik sebagai hidangan menu lauk pauk.

Lebih menarik lagi Omega 3 dalam kandungan ikan Salmon memperbaiki Sistem Otak untuk berfikir lebih bijak dan cepat juga mencegah penyakit Alzheimer dan menurunkan Stres/Tekanan iaitu keadaan rasa cemas atau tegang juga resah, biasanya menghadapi tekanan kerja juga akibat tekanan mental atau fizikal.

Anda boleh pilih bentuk pemakanan yang ringkas namun berkhasiat untuk tubuh badan sebagai keperluan tenaga harian kerana bila badan mula sakit dan sudah kritikal mungkin memerlukan rawatan dengan kos tinggi yang tidak mampu dibayar disamping banyak lagi produk pemakanan kesihatan sedang berada di pasaran.

Tuesday, May 14, 2013

Jenama Atau Ciri-ciri

Melihat perkembangan pesat produk di pasaran, anda akan memilih keutamaan untuk digunakan ‘Jenama Atau Ciri-ciri’ menjadi impian, mungkin juga ada lagi kelainan yang mahu dicari selama ini?

Impian dan memuaskan untuk memiliki sesuatu produk kebanyakan adalah pilihan utama, namun begitu terpulang kepada anda dan bagaimana bertindak seterusnya! Tanya terlebih dahulu diri anda apa yang anda mahu, sebelum memilikinya? Tiada guna menyesal bila sudah mengambil tindakan dan membuat keputusan wajar, seharusnya gembira menggunakan produk itu bukan memikirkan kos dan kerugian yang terlibat. Banyak lagi orang yang tidak mampu membeli produk seperti anda, namun demikian mereka juga gembira biarpun menggunakan produk yang kurang Ciri kelebihan dan Jenama.

Jenama produk diabad ini sentiasa ada perkembangan terbaru dengan Ciri-ciri utama, sila pilih sesuatu produk yang boleh meningkatkan hasil produktiviti harian disamping menggunakannya dan hidup lebih bergaya. Jimat kos tenaga dan masa membuat anda sentiasa bersedia dihadapan dengan cabaran keperluan terkini tanpa ketinggalan jauh dibelakang.

Ingat hanya anda yang boleh mengukur keperluan dan kemampuan sebenar anda tanpa orang lain mempertikaikannya kerana sebelum itu anda telah melihat dan mempertimbangkan semuanya terlebih dahulu sehinggalah anda sendiri membuat tindakan dengan keputusan sewajarnya tanpa merasa ragu dan jauh sekali menyesal lagi memiliki sesuatu produk.

Paling penting dalam mengharungi hidup “Jangan Salahkan Diri Sendiri” sungguhpun anda tersilap membuat keputusan dan tindakan yang bijak telah diatur terlebih dahulu kerana situasi itu sebenarnya masih boleh diperbaiki selagi anda tidak merasa putus asa dan bosan.   

Friday, September 28, 2012

Anggur Putih

Buah Anggur Putih begitu lazat dimakan dan kini telah menjadi satu produk permintaan sangat tinggi dikalangan peminat kesihatan dan kecantikan dipasaran dunia. Ia mengandungi antioksida, vitamin C dan khasiat yang banyak antaranya mengurangkan kanser, sakit jantung, strok, pelupa, nyanyuk.

Anggur Putih mengandungi vitamin C cukup tinggi dan boleh meningkatkan prestasi antioksida tubuh badan disamping mencantikkan kulit terutama kulit wajah, kini biji anggur telah dijadikan resipi cosmetik untuk kecantikan dan jus komponen sebagai minuman kesihatan masyarakat global yang menginginkan hidup mesra alam dalam menjalani aktiviti harian yang semakin sibuk.

Proses penuaan kulit sering terjadi dengan cepat akibat Radikal bebas dari pencemaran yang tersebar luas di merata pelosok telah dikesan para Saintis dan buah Anggur Putih dapat memperlahankannya juga menguatkan antibodi tubuh untuk melawan pelbagai penyakit. Khasiat antioksida Anggur Putih dapat meneutralkan radikal bebas atau proses semula jadi suasana kehidupan.

Tidak hairan sekarang begitu banyak terdapat jus minuman berasaskan astrak komponen Anggur Putih untuk minuman kesihatan juga kecantikan sekaligus memenuhi cita rasa masyarakat dunia malahan sebagai cabang perniagaan sangat berpotensi mengaut keuntungan di abad ini.


Sunday, August 12, 2012

Durian Belanda

Buah yang lazat kegemaran masyarakat dunia dan terkenal sebagai pembunuh secara semulajadi Sel Kancer cukup ajaib lebih kuat sehingga mencapai sasaran 10,000 kali ganda daripada Kemoterapi tanpa kesan sampingan yang memudaratkan tubuh badan pesakit.

Kaya dengan khasiat Anti Tumor atau Kanser cukup kuat mencegah pelbagai penyakit berkaitan Kanser melalui kajian saintifik dan terbukti keberkesanannya dalam rawatan tradisional juga moden ketika ini menjelang teknologi berinovasi tinggi sehingga telah dijadikan jus minuman kesihatan untuk pasaran global.

Bukan sahaja mencegah Kanser malah dapat melawan serangan berbagai jenis Parasit dan Cacing, Anti Bakteria dan Fungus, meredakan Stres/tekanan juga kadar tekanan Darah Tinggi turun dengan baik serta menjadikan Sistem Saraf seperti biasa atau normal.

Durian Belanda cukup lazat dijadikan jus minuman dengan campuran madu dan sedikit gula tebu atau susu cecair dihidangkan sejuk sedikit samada dari pati sejuk atau letak ais sedikit. Ia begitu bagus diminum ketika tengahari sebelum makan juga sebelum tidur malam, selepas itu tidur cukup selesa kerana aku selalu minum waktu malam kemudian tidur dan ia adalah sesuatu yang menarik apabila bangun merasa begitu segar.

Wednesday, January 25, 2012

Teras Pokok Mambu

Suatu tumbuhan pokok herba tertua di dalam dunia sehingga mencapai tahap hidup selama 200 tahun yang memiliki banyak khasiat semula jadi dan mampu merawat berbagai penyakit.

Cukup menarik Mambu telah menjadi kaedah rawatan tradisional semenjak dahulu kala sehingg kini biarpun kaedah rawatan moden semakin canggih namun masih digunakan sebagai alternatif rawatan tanpa bahan kimia.

Menarik terhadap mambu ia boleh mencerahkan deria mata kabur bila diamalkan berterusan. Ramai orang tidak tahu kegunaannya, selain sukar untuk mendapatkan di pasaran kerana tidak di jual di mana-mana berikutan tiada permintaan dari para pelanggan, namun pokok mambu mudah tumbuh di merata tempat.

Teras pokok Mambu agak tua kelihatan seakan berwarna putih, anda boleh ambil dan rebus hingga mendidih, sebaiknya gunakan periuk tanah tetapi lain periuk juga boleh digunakan atau menggunakan alat pemanas air sehingga mendidih dan rendam teras pokok mambu sehingg air panas jadi suam-suam setelah itu boleh di minum siang dan malam berterusan ikut masa lapang terluang.

Monday, August 29, 2011

Puasa 'Ramadan'

Masyarakat Islamic seluruh dunia telah menunaikan Puasa penuh dalam bulan Ramadan dan esok kita akan meraikan Hari Raya di seluruh dunia tanpa mengira lapisan bangsa meliputi benua tanpa sempadan.

Puasa adalah sesuatu paling unik dalam mencegah pelbagai penyakit kritikal yang sangat sukar dirawat ketika ini namun begitu mengikut para ulama dan saintis Islamic terdahulu lebih 1,400 ia boleh dicegah dengan puasa tidak hairan kini para saintis dunia moden menggunakan kaedah puasa dalam mengurangkan pelbagai penyakit kritikal sebelum menjalani rawatan seperti pembedahan dan sebagainya.

Puasa juga sangat mujarab untuk kecantikan paras wajah dan memenuhi ciri unik dalam menjalani gaya hidup sihat tanpa memudaratkan kesihatan sepanjang usia bila diamalkan dengan betul mengikut cara Para Nabi yang telah diajarkan Rasullulah S.A.W.

Friday, August 5, 2011

Fistra Shyinect Eppi Yasmeen

Ennashahlan de Amores nha beautiful listha in naka oyumna sin caras de mujer aku turut senyum, fast time follow klik in blog mu remebhy, innakha isalag rahahi piarohu raha hi cyeheh girl punjabi, mohabbat int des Ramadan istimewa naenyh, ein pictures mata mu menawan blog ku fresh narestha. Tahniah isi ruang kongsi blog with miceth nha.

Syabas respon Eppi Yasmeen 03.08.11 terhadap blog Fistra, di Indonesia rakan blog aku baru 2 orang, Pertama Eppi Yasmeen, Student at location Denpasar, bali. Kedua Janet Cropper, Industry Education, Founder No Limits, juga dari Bali.

Fistra cukup sayang Eppi Yasmeen dengan paparan Nostalgia iaitu Mengapa Ibu Menangis? 04.08.11. Ia begitu Unik dan Istimewa, biar semua orang baca ruangan ini merasa cemburu, katakan begitu walaupun kita hanya berjumpa dalam blog, hakikatnya aku akan selalu merindui mu kerana aku selalu usap pipi dan cium dahi ibu ku di kala bersedih, lantas hati ku berbicara biar kesedihan ibu aku tanggung seumur hidup supaya aku akan turut melihat gambaran bila berjumpa dengan Tuhan di kala aku mati dengan reda terhadap kasih sayang ibu ku yang telah melalui segala kesengsaraan di saat aku dilahirkan kedunia sehingga kita berdua dapat bersua walau sekadar hanya dalam blog. Eppi Yasmeen begitu Fistra Sayang dan engkau jua turut merasa tanpa melihat getarannya, biar seluruh dunia baca blog kita dan merasa begitu Cemburu. Lebih hebat dari filem star box office hanya kerana lembaran nostalgia seorang Ibu berlinangan air mata yang tidak dimengerti seorang anak budak mentah kesayangannya.

Ini bukan puisi novel tetapi sungguh unik dari skrip filem yang telah diterbitkan, sampai air mata ku menitik ketika ini membayangkan betapa hebat pengorbanan dan kesengsaraan seorang ibu, maka memang layak sekali seorang anak dilempar kedalam neraka jahanan menanggung azab amat pedih seandainya derhaka terhadap ibu yang melahirkannya dan memberikan kasih sayang sejak masih kecil sehingga dapat menikmati keindahan dunia yang penuh dengan kepalsuan dan penipuan menimpa hidup seseorang insan itu seandainya tidak kenal diri sendiri!! tapi insan yang mengenali dirinya dunia ini cukup indah untuk menikmati jauh lebih hebat segala keindahan sesudah ia mati nanti. Inilah balasan Tuhan pasti tidak akan mungkir janji dan bukan pendusta iaitu sifat mustahil bagi Tuhan maha sempurna lagi maha suci.

Bukti Keagungan Tuhan ada dalam Al-Quran, kini menjadi bahan kajian R&D pakar sarjana bijak pandai seluruh dunia namun hanya sedikit sahaja manusia yang dapat menggali dan mengenalinya kerana taraf/status Ulul Albab seseorang insan itu sudah ditentukan Tuhan Rabbul Alamin semenjak dialam azali lagi yang maha bijaksana memiliki segala sesuatu sebelum dunia ini dicipta. Begitu seni kasih sayang Tuhan bukan semua mahluk dapat melihat malah lebih seni dan halus dari angin yang hanya boleh dirasa dengan sentuhan tanpa memegang, perkara mustahil tetapi satu bukti keajaiban ciptaan Tuhan.

Fistra lihat sejak baru-baru ini Eppi Yasmeen rajin kemas kini blog, walaupun aku cukup sibuk namun bila ada masa aku akan berada depan computer lihat blog aneka sehingga larut malam dirumah kerana aku tidak suka menonton T.V. semenjak dari kecil hingga sekarang. Setiap hari jadual ku sangat padat jadi aku tidak suka buang masa tonton T.V. atau bersiar-siar tanpa tujuan utama.

Untuk menjalani gaya hidup sihat seseorang itu harus gembira bersama ibunya bagaimana jua situasi yang mendesak sekalipun tidak makan asalkan ibunya dapat makan namun begitu berapa ramai anak sanggup berkorban wang dan harta untuk ibunya sehingga tidak makan asalkan ibunya dapat makan, biasanya ibu yang berkorban sanggup tidak makan hanya kerana anak kesayangan.

By by Moskura kikahu kita jumpa lagi dalam blog tom ku ashm she piarehy. Eyitomny insyh friend nakal girl punjabi Greet to meet u indyh blog Fistra Shyinect Eppi Yasmeen

Saturday, July 16, 2011

Minyak Zaitun

Tumbuhan herba terkenal semenjak dahulu kala, kini telah menjadi produk istimewa khusus kecantikan kulit dalam rumusan bahan cosmetik aneka jenama pengilang industri pasaran dunia.

Minyak zaitun di estrak dari buah zaitun sudah lama berada di pasaran dalam dan luar negara untuk kecantikan kulit sesuai dengan pelbagai iklim merata negara. Harga minyak Zaitun sesetengah negara cukup mahal kerana susah untuk mendapatkannya dan melalui proses samada kaedah tradisional atau moden dengan teknologi tinggi serta kos semakin naik, namun ada pula kalangan negara begitu murah harganya kerana banyak bahan mentah dan proses pembuatan terlalu mudah.

Keistimewaan Minyak Zaitun boleh menghaluskan kulit andainya digunakan berterusan hanya sapu pada kulit, maka kulit serta merta jadi lembap dapat hindarkan daripada kekeringan kulit akibat cuaca dan perubahan faktor gaya hidup yang tidak dapat di kawal serta pencemaran alam. Tubuh badan menjadi kuat menentang serangan penyakit jantung dan kanser serta mengawal diabetis juga kolestrol darah kerana itu ia sering digunakan sebagai bahan resepi masakan disamping turut dijadikan minyak rambut dengan campuran air rabusan halia boleh melebatkan rambut untuk mencegah keguguran dan keputihan rambut.

Miyak Zaitun juga telah digunakan dalam industi pengeluaran makanan kesihatan tidak kurang pula Chef hotel bertaraf dunia turut mencampurkan dalam masakan resepi terkenal dan mendapat permintaan para pelanggan. Tabib urut tradisional telah menfaatkan sejak ribuan tahun dahulu antara pelbagai negara kerana keistimewaannya yang boleh melegakan dan sebagai arometerapi dengan campuran minyak wangi dan rampah ratus untuk kalangan ibu hamil serta pesakit kronik kulit.

Anda boleh menjalani gaya hidup sihat tanpa kos tinggi dengan menggunakan minyak Zaitun dalam pelbagai tujuan untuk kesihatan berpanjangan disamping dapat menghindarkan penyakit kritikal dan melegakan minda setelah penat bekerja seharian, hanya tiga titik minyak Zaitun letak di dahi dengan urutan lembut bahagian kepala sehingga ke leher. Anda akan dapat tidur lena tetepi ingat jangan lakukan sekiranya anda keluar dan memandu kereta bimbang terlena dan membawa padah hanya lakukan bila hendak tidur malam sahaja. By by cik Zaitun, cantik namamu secantik kulitmu, ramai cemburu dan terpikat!!

Tuesday, July 5, 2011

Daun Batik

Tumbuhan herba yang mudah diperolehi untuk memperbaiki tahap kesihatan seperti daun batik bukan sahaja lazat tetapi boleh meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badan agar sentiasa bertenaga sepanjang melaksanakan tugas harian yang semakin hari kian sibuk.

Apa yang anda susahkan sangat dapatkan sahaja daun batik dan rebus, kemudian minum airnya amalkan berterusan. Daun batik juga kini ada di pasaran samada daun batik asli atau produk kesihatan yang telah diproses menjadi makanan tambahan melalui pengilangan bertaraf dunia.

Anda juga boleh melakukannya sendiri, dapatkan daun batik rebus dan sejukkan selain boleh diminum juga boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama dan minum sahaja, rasakan kepahitannya semoga biasa minum air rebusan yang pahit-pahit, bukan sahaja muka anda cantik tetapi semua nyamuk tidak akan mengigit tubuh anda kerana ketakutan dengan darah anda bertukar rasa menjadi pahit, biarkan nyamuk terkejut salah sangka macam majik dan pergi jauh-jauh serta memberitahu kawan-kawannya, awas merbahaya jangan dekat dengan dia. Padan muka engkau Nyamuk!! Darah ku sekarang cukup pahit belum campur lauk cukup masin.

Ingat nyamuk pun ada cita rasa, pandai pilih darah siapakah yang terlalu manis, maka orang itulah harus digigit terlebih dahulu. Mengapa engkau tak elak?

Tubuh Mengandungi Asid

Pelbagai kaedah untuk meningkatkan oksigen dalam tubuh badan agar mempunyai keseimbangan yang berterusan dan boleh menentang sarangan penyakit kritikal.

Paling senang melakukan iaitu memelihara pemakanan sepanjang hidup agar mendapat tahap kesihatan yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan dalam berbagai keadaan. Anda boleh mengambil kalium bikarbonat dan magnesium sulfat/klorid yang akan membantu memperbaiki tahap oksigen dalam tubuh disamping itu boleh menggunakan infra red dan titanium serta magnet dan lain-lain seumpamanya yang telah melalui kajian saintifik.

Friday, June 24, 2011

Biodiesel

Reka cipta produk mesra alam mengalami perubahan pesat, selaras dengan perkembangan teknologi tinggi dan kini Biodiesel boleh menggantikan Diesel Petrol di pasaran dunia yang menjadi keperluan masyarakat antarabangsa disamping permintaan yang semakin tinggi.

Penghasilan Biodiesel melalui proses kimia dikenali sebagai Pentransesteran, iaitu gliseren akan dipisahkan daripada minyak tumbuhan. Bahan baku itu direaksikan bersama alkohol dan katalis, lalu hasilkan 2 produk iaitu Metil Ester (Biodiesel) atau Gliserin dan Monoetil Ester sebagai produk sampingan. Bahan baku utama untuk penghasilan biodiesel mempunyai kandungan Trigliserida, Asam Lemak Bebas (ALB) dan zat-pencemar tergantung kepada pengolahan dari bahan baku tersebut. Penyulingan dan Pemisahan Biodiesel akan dilakukan untuk dapatkan Biodiesel sesuai ikut Standard Bahan Bakar subsitusi motor diesel SNI 04-7182-2006 (SNI)

Biodiesel yang akan dihasilkan sesuai agar mengikut Standard iaitu bahan Baku tersebut harus menjalankan pemulihan terlebih dahulu. Namun demikian penghasilan biodiesel berbeza mengikut sesebuah Negara, ini kerana sumber setiap negara adalah berlainan.

Friday, June 10, 2011

Gula Batu Tebu

Tahukah anda tebu atau gula batu tebu mempunyai khasiat untuk menghaluskan kulit wajah seandainya diamalkan berterusan tanpa berlebihan, jangan risau ia tidak akan menjejaskan kesihatan asalkan tidak berlebihan malahan makanan harian mungkin lebih mengandungi banyak gula.

Anda boleh menfaatkan, sekiranya begitu minat untuk kecantikan kulit tanpa keluarkan kos tinggi disamping penggunaan alatan kecantikan sedia ada tanpa kimia yang akan memberikan satu kombinasi penjagaan kulit.

Aku telah praktikkan minum air gula batu tebu lebih 11 tahun semenjak bergiat dalam bidang pelancungan, hasilnya kulit wajah cukup halus dan cantik, meskipun aku lelaki namun begitu aku gembira memiliki dan melihat wajah sendiri begitu menarik perhatian malah ramai wanita sering bertanya mengapa kulit mu halus dan cantik, maka saya beritahu dengan iklas.

Aku selalu minum air tebu segar untuk kecantikan kulit wajah tanpa kos tinggi tetapi sukar untuk dapatkan kerana kesibukan harian, maka aku pilih gula batu tebu walaupun sudah diproses namun khasiatnya tidak semua hilang, apa susah minum sahaja kulit wajah cantik dan halus. By by sayang cubit pipimu.

Wednesday, June 1, 2011

Streptokokus Pneumoniae

Seluruh dunia setiap tahun hampir 1.6 juta orang mati akibat penyakit penumokokus mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Separuh dari angka ini adalah kanak-kanak bawah usia 5 tahun, Negara-negara membangun senarai paling tinggi mencatat gejala ini.

Wednesday, May 25, 2011

Penyakit Jantung


Kadar kematian akibat penyakit jantung di Malaysia adalah senarai tertinggi berbanding penyakit lain, namun adalah senarai tangga kedua selepas kematian akibat kemalangan jalan raya.

Pelbagai punca penyakit jantung merebak yang sukar di rawat bila sampai di tahap kritikal, antaranya selalu ambil makanan banyak minyak dan lemak, khusus mengandungi banyak kolesterol disamping tekanan perasaan/stress, kurang senaman berterusan dan lain-lain seumpamanya.

Kemampuan dari segi kewangan yang tidak boleh di kawal ketika menikmati makanan dan minuman yang tidak menyumbang kearah gaya hidup sihat menjadi lumrah kerana semakin hari semakin sibuk dengan urusan harian. Lebih malang lagi sekiranya mementingkan cita rasa tanpa mengambil kira kualiti khasiat pemakanan kerana kurang prihatin terhadap penjagaan kesihatan berterusan sepanjang hayat, akhirnya berhadapan dengan serangan pelbagai risiko penyakit ketika usia meningkat dan sukar melawan penyakit.

Tuesday, April 19, 2011

Kosmetik Kimia

Wanita terdedah dengan bahaya gangguan sistem organ pembiakan dan kanser seandainya menggunakan produk kecantikan mengandungi kimia dan ini akan menjejaskan potensi hidup semula jadi yang semakin hari terhakis disebabkan faktor usia, pencemaran dan sebagainya.

Lipstik yang disapu dibibir sama seperti mejadikan makanan beberapa tan dalam hidup sekiranya berterusan diambil dan paling malang membawa wabak penyakit kritikal yang belum pasti dapat dikesan, wanita tidak prihatin tentang produk yang digunakan tidak selamat atau mengandungi kimia sudah tentu menjejaskan kualiti gaya hidup sihat.

Bahan kimia berbahaya antaranya Hydroquinone atau Asid Kojic sudah lama diharamkan penggunaannya di benua Eropah. Kimia mengandungi Phtalates seperti Dimethyl Phthalate (DMP), Di-N-Pentylphtalate(DNPP), Butylcyclohexyl Phthalate(BCR), Diethyl Phthalate(DEP) turut diharamkan penggunaannya di Eropah kerana kesan kritikal terhadap pengguna.

Lipstik sesuatu produk menarik kalangan wanita namun begitu harus berwaspada terhadap bahan kimia merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan sekiranya mengandungi logam berat seperti Plumbum (PB), Cadmium (CD) Merkuri (HG) dan Arsenik (AS). Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaaan telah menetapkan penggunaannya dalam produk halal berdasarkan spesifikasi antaranya Plumbum (10 ppm), Cadmium (0.3 ppm), Merkuri (0.5 ppm) dan Arsenik tidak boleh lebih 5.0 ppm (Bahagian Per Sejuta).

Untuk mengetahui sesuatu Lipstik mempunyai kualiti tinggi, bila di sapu ia akan melekat di bibir dan tidak mudah cair di mulut serta tahan lebih lama tanpa campuran Gelatin dan bahan kimia disamping halal dan bergaya sekali gus dalam masa sama dapat menikmati gaya hidup sihat.

Saturday, March 19, 2011

Aromaterapi Ekstrak Organik

Haruman tumbuhan kaya nutrien dan fitokimia dihasilkan dengan teknologi tinggi sebagai produk melegakan tekanan dan menenangkan badan setelah penat bekerja seharian mendapat sambutan masyarakat dunia merata tempat seperti Spa, klinik kecantikan, pusat pelancongan dan sebagainya.

Aromaterapi berasal daripada perkataan Perancis iaitu ‘Aromatherapie’ membawa maksud rawatan menggunakan haruman untuk melegakan kesakitan dan tekanan kini sudah meluas penggunaannya dimerata dunia daripada pusat kesihatan dan kecantikan serta pengamal perubatan tradisional dan sebagainya.

Ekstrak sendiri produk Haruman Aromaterapi sebagai rawatan alternatif berpakej tradisional dan moden untuk memberikan perkhidmatan menjalani gaya hidup sihat dalam dan luar negara serta rawatan pelbagai penyakit dengan ekstrak sendiri pelbagai produk kesihatan secara tradisional dan moden. Sasaran 3 tahun lagi menjelang 2014 penggunaan teknologi nano dalam proses ekstrak aneka produk khusus rawatan pelbagai penyakit dan memberikan perkhidmatan antarabangsa dengan kos berpatutan kerana ambil kira atas dasar prihatin bagi masyarakat dunia kurang mampu menampung kos rawatan yang semakin tinggi.

Syabas...Perancis terkenal dengan industri haruman dunia dan destinasi pelancongan romantik semanjak dahulu. Aromaterapi Estrak Organik terlalu sedikit dalam pasaran dunia kerana proses ekstrak dengan kombinasi campuran minyak tumbuhan pati 100% tulin dan pekat, lantaran itu harga mahal namun manfaatnya cukup baik untuk melegakan tekanan mental dan ketegangan perasaan. Istimewanya merangsang kesegaran otak bila bernafas ketika tidur agar selesa dan lena serta boleh membekalkan oksegin dalam tubuh disamping menambah baik mekanisme tubuh dan sel saraf untuk memelihara DNA supaya sel dalam badan tidak rosak malah bertahan dengan lebih kuat, selain mencegah kegelisahan dan menampilkan perwatakan gaya hidup sihat sepanjang waktu dengan lebih gembira.

Penggunaan hanya 2 – 3 jam ketika hendak tidur malam boleh mengeluarkan haruman hingga esok pagi, sungguhpun mahal namun boleh bertahan selama lebih kurang satu bulan. Seandainya digunakan hanya satu jam sahaja boleh menjangkau selama lebih kurang 3 bulan.

Selain aromaterapi saya menggunakan aneka minyak wangi Jenama Perancis sampai sekarang sebagai rawatan tradisional dan moden, berikutan pertama kali guna minyak wangi buatan Perancis pada 1989 hingga kini sudah 21 tahun bekasnya masih wangi kerana kualiti tinggi dan mesra alam, produk seumpama ini cukup baik dalam menjana budaya gaya hidup sihat dikalangan masyarakat dunia yang semakin berhadapan dengan suasana tekanan kritikal.