Tuesday, July 5, 2011

Daun Batik

Tumbuhan herba yang mudah diperolehi untuk memperbaiki tahap kesihatan seperti daun batik bukan sahaja lazat tetapi boleh meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badan agar sentiasa bertenaga sepanjang melaksanakan tugas harian yang semakin hari kian sibuk.

Apa yang anda susahkan sangat dapatkan sahaja daun batik dan rebus, kemudian minum airnya amalkan berterusan. Daun batik juga kini ada di pasaran samada daun batik asli atau produk kesihatan yang telah diproses menjadi makanan tambahan melalui pengilangan bertaraf dunia.

Anda juga boleh melakukannya sendiri, dapatkan daun batik rebus dan sejukkan selain boleh diminum juga boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama dan minum sahaja, rasakan kepahitannya semoga biasa minum air rebusan yang pahit-pahit, bukan sahaja muka anda cantik tetapi semua nyamuk tidak akan mengigit tubuh anda kerana ketakutan dengan darah anda bertukar rasa menjadi pahit, biarkan nyamuk terkejut salah sangka macam majik dan pergi jauh-jauh serta memberitahu kawan-kawannya, awas merbahaya jangan dekat dengan dia. Padan muka engkau Nyamuk!! Darah ku sekarang cukup pahit belum campur lauk cukup masin.

Ingat nyamuk pun ada cita rasa, pandai pilih darah siapakah yang terlalu manis, maka orang itulah harus digigit terlebih dahulu. Mengapa engkau tak elak?

No comments:

Post a Comment