Tuesday, April 19, 2011

Kosmetik Kimia

Wanita terdedah dengan bahaya gangguan sistem organ pembiakan dan kanser seandainya menggunakan produk kecantikan mengandungi kimia dan ini akan menjejaskan potensi hidup semula jadi yang semakin hari terhakis disebabkan faktor usia, pencemaran dan sebagainya.

Lipstik yang disapu dibibir sama seperti mejadikan makanan beberapa tan dalam hidup sekiranya berterusan diambil dan paling malang membawa wabak penyakit kritikal yang belum pasti dapat dikesan, wanita tidak prihatin tentang produk yang digunakan tidak selamat atau mengandungi kimia sudah tentu menjejaskan kualiti gaya hidup sihat.

Bahan kimia berbahaya antaranya Hydroquinone atau Asid Kojic sudah lama diharamkan penggunaannya di benua Eropah. Kimia mengandungi Phtalates seperti Dimethyl Phthalate (DMP), Di-N-Pentylphtalate(DNPP), Butylcyclohexyl Phthalate(BCR), Diethyl Phthalate(DEP) turut diharamkan penggunaannya di Eropah kerana kesan kritikal terhadap pengguna.

Lipstik sesuatu produk menarik kalangan wanita namun begitu harus berwaspada terhadap bahan kimia merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan sekiranya mengandungi logam berat seperti Plumbum (PB), Cadmium (CD) Merkuri (HG) dan Arsenik (AS). Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaaan telah menetapkan penggunaannya dalam produk halal berdasarkan spesifikasi antaranya Plumbum (10 ppm), Cadmium (0.3 ppm), Merkuri (0.5 ppm) dan Arsenik tidak boleh lebih 5.0 ppm (Bahagian Per Sejuta).

Untuk mengetahui sesuatu Lipstik mempunyai kualiti tinggi, bila di sapu ia akan melekat di bibir dan tidak mudah cair di mulut serta tahan lebih lama tanpa campuran Gelatin dan bahan kimia disamping halal dan bergaya sekali gus dalam masa sama dapat menikmati gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment