Sunday, August 12, 2012

Durian Belanda

Buah yang lazat kegemaran masyarakat dunia dan terkenal sebagai pembunuh secara semulajadi Sel Kancer cukup ajaib lebih kuat sehingga mencapai sasaran 10,000 kali ganda daripada Kemoterapi tanpa kesan sampingan yang memudaratkan tubuh badan pesakit.

Kaya dengan khasiat Anti Tumor atau Kanser cukup kuat mencegah pelbagai penyakit berkaitan Kanser melalui kajian saintifik dan terbukti keberkesanannya dalam rawatan tradisional juga moden ketika ini menjelang teknologi berinovasi tinggi sehingga telah dijadikan jus minuman kesihatan untuk pasaran global.

Bukan sahaja mencegah Kanser malah dapat melawan serangan berbagai jenis Parasit dan Cacing, Anti Bakteria dan Fungus, meredakan Stres/tekanan juga kadar tekanan Darah Tinggi turun dengan baik serta menjadikan Sistem Saraf seperti biasa atau normal.

Durian Belanda cukup lazat dijadikan jus minuman dengan campuran madu dan sedikit gula tebu atau susu cecair dihidangkan sejuk sedikit samada dari pati sejuk atau letak ais sedikit. Ia begitu bagus diminum ketika tengahari sebelum makan juga sebelum tidur malam, selepas itu tidur cukup selesa kerana aku selalu minum waktu malam kemudian tidur dan ia adalah sesuatu yang menarik apabila bangun merasa begitu segar.

No comments:

Post a Comment