Monday, February 21, 2011

Alkoholik Kesan Sampingan

Minuman alkohol walaupun sedikit namun memberikan kesan sampingan kepada indivdu itu sekira jadi tabiat berterusan tanpa dikawal dengan rapi, malang sekali tidak semua orang prihatin terhadap diri sendiri yang akan ditimpa pelbagai penyalit kritikal sehingga terlantar di hospital.

Fetal Alcohol Syndrome (FAS) telah menjalankan kajian terperinci daripada para ahli Universiti of Nort Carolina, mendapati gejala gangguan janin tiga minggu kehamilan terhadap wanita tanpa disedari dirinya hamil disanmping gangguan saraf tepi dan metabolisme serta neurotransmitter. Lebih malang mengalami kurang darah (anemia) fungsi hati dan seksual juga turut terganggu.

Seandainya wanita itu hamil ia akan membahayakan janin dan terdapat perubahan seperti menopause, penuaan dan mengalami kesukaran orgasme serta tidak mendapat kepuasan seksual bersama pasangan kerana sukar untuk terangsang akibat gangguan fungsi seksual. Ini pasti akan mengganggu gaya hidup sihat bersama pasangan untuk mendapatkan zuriat yang bebas daripada serangan penyakit akibat alkohol berlebihan yang kian gian dan sulit dirawat.

Sunday, February 20, 2011

Makanan Ringan

Coklat satu makanan ringan yang digemari masyarakat masa kini. Mudah didapati dan harga murah serta boleh dibawa kemana-mana atau boleh dimakan tidak kira tempat dan masa. Selain itu boleh pilih makanan lain yang mengandungi coklat dan banyak dipasaran terbuka, malah dikedai kecil-kecilan sentiasa membekalkan kepada pengguna berterusan selagi ada permintaan.

Coklat begitu lazat, mengandungi antioksida yang tinggi iaitu Flavonaid juga mampu menangkis serangan kritikal penyakit strok. Anda boleh jimat terlebih awal disamping dapat menikmati perisa coklat yang lazat sangat digemari kalangan masyarakat dunia tidak kira usia tua muda disamping boleh menjalani pemakanan gaya hidup sihat walaupun keadaan sangat sibut dengan pelbagai aktiviti harian.

Istimewa untuk wanita boleh mengelakkan dan mengurangkan haid serta memberikan keselesaan tidur bila mengambil makanan coklat sebelum tidur malam. Sebagai tambahan para wanita boleh sapu wangian oren di bantal supaya lebih lena tidur dan selesa, saya sendiri selalu sapu wangian oren di bantal dan tilam serta selimut supaya tidur malam selesa agar dapat bangun awal pagi.

Monday, February 7, 2011

Gula Dalam Perisa

Aneka nama gula dalam minuman dan makanan mengikut label antaranya Maltosa, Sirap Jagung, Sirap Pekat, Dekstrosa, Gukosa dan Sukrosa serta berbagai jenis lagi yang tidak diketahui turut disalut dalam sajian harian.

Lantaran perubahan zaman dan permintaan pasaran era globalasi maka tercipta pelbagai produk seperti susu dan hasil tenusu serta buah-buahan juga sayur-sayuran berkanji dan lain-lain lagi terdapat dipasaran. Makanan dan minuman kini, kadangkala mengandungi gula melebihi keperluan pemakanan harian antaranya minuman Kordial dan bergas, kuih-muih tradisional dan makanan proses serta pemakanan buatan sendiri yang melebihi had keperluan tubuh badan disamping makan dan minum diluar rumah turut menambahkan lagi kandungan gula dalam darah.

Gula berlebihan dalam tubuh akan mengakibatkan komplikasi darah tinggi, obesiti, karies gigi dan diabetis serta penyakit jantung dan sebagainya yang akan menular tanpa disedari sehingga ke paras kritikal, sukar dicegah dan dirawat sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga semenjak dari peringkat awal lagi untuk membiasakan jadual pemakanan gaya hidup sihat.