Minuman alkohol walaupun sedikit namun memberikan kesan sampingan kepada indivdu itu sekira jadi tabiat berterusan tanpa dikawal dengan rapi, malang sekali tidak semua orang prihatin terhadap diri sendiri yang akan ditimpa pelbagai penyalit kritikal sehingga terlantar di hospital.
Fetal Alcohol Syndrome (FAS) telah menjalankan kajian terperinci daripada para ahli Universiti of Nort Carolina, mendapati gejala gangguan janin tiga minggu kehamilan terhadap wanita tanpa disedari dirinya hamil disanmping gangguan saraf tepi dan metabolisme serta neurotransmitter. Lebih malang mengalami kurang darah (anemia) fungsi hati dan seksual juga turut terganggu.
Seandainya wanita itu hamil ia akan membahayakan janin dan terdapat perubahan seperti menopause, penuaan dan mengalami kesukaran orgasme serta tidak mendapat kepuasan seksual bersama pasangan kerana sukar untuk terangsang akibat gangguan fungsi seksual. Ini pasti akan mengganggu gaya hidup sihat bersama pasangan untuk mendapatkan zuriat yang bebas daripada serangan penyakit akibat alkohol berlebihan yang kian gian dan sulit dirawat.
No comments:
Post a Comment