Tumbuhan herba rempah suatu bahan semula jadi sajian masyarakat dunia sebagai perisa masakan, jus dan banyak lagi. Khasiat herba rempah ratus sangat baik untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan selain berfungsi mencegah pelbagai penyakit dari peringkat awal. Semenjak dahulu kala, kalangan masyarakat telah menggunakan pelbagai herba rempah ratus untuk menjalani aktiviti harian disamping menambah kekuatan tuduh badan, maka secara langsung membina gaya hidup sihat. Masa kini tumbuhan herba banyak diproses di serata dunia untuk pengeluaran hasil pengilang bagi membekalkan pasaran permintaan masyarakat antarabangsa yang semakin mementingkan gaya hidup sihat.
Halia sejenis tumbuhan herba rempah ratus yang banyak khasiat dan kegunaannya, selain campuran perisa makanan dalam masakan. Halia dari sudut saintifik nama botaninya digelar zinggiber officinale boleh menjadi bahan ramuan mencantikkan bibir dan kulit terutama sekali kulit wajah serta mencegah jangkitan parasit juga merawat luka. Masyarakat zaman teknologi telah melalui perubahan dan perkembangan terbaru begitu pantas sehingga tiada masa untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan disamping pencemaran alam tahap tinggi yang menjejaskan kesihatan masyarakat dunia menyumbang pelbagai penyakit kronik.
Halia berkesan memperbaiki dan meningkatkan daya tahan seks disamping memecahkan lemak dalam tubuh, menambah selera makan, merawat rasa tidak selesa atau rasa mual atau loya, merampingkan pinggang dan boleh mengelakkan kejang. Kaya dengan khasiat pati minyak oleoresin, vitamin A, B, C, asid organik, protein, bantu penghadaman, menbuang angin dalam badan kerana mempunyai bahan semulajadi yang dapat memanaskan badan dan boleh diambil ketika cuaca sejuk untuk menahan kedinginan.
Ibu hamil dan orang sedang dalam rawatan tidak digelakkan mengambil dalam kuantiti yang banyak, mintalah nasihat pakar pemakanan atau doktor yang merawat anda seandainya mahu amalkan sebanyak berapakah dos atau sukatan yang boleh diambil.
No comments:
Post a Comment