Friday, September 28, 2012

Anggur Putih

Buah Anggur Putih begitu lazat dimakan dan kini telah menjadi satu produk permintaan sangat tinggi dikalangan peminat kesihatan dan kecantikan dipasaran dunia. Ia mengandungi antioksida, vitamin C dan khasiat yang banyak antaranya mengurangkan kanser, sakit jantung, strok, pelupa, nyanyuk.

Anggur Putih mengandungi vitamin C cukup tinggi dan boleh meningkatkan prestasi antioksida tubuh badan disamping mencantikkan kulit terutama kulit wajah, kini biji anggur telah dijadikan resipi cosmetik untuk kecantikan dan jus komponen sebagai minuman kesihatan masyarakat global yang menginginkan hidup mesra alam dalam menjalani aktiviti harian yang semakin sibuk.

Proses penuaan kulit sering terjadi dengan cepat akibat Radikal bebas dari pencemaran yang tersebar luas di merata pelosok telah dikesan para Saintis dan buah Anggur Putih dapat memperlahankannya juga menguatkan antibodi tubuh untuk melawan pelbagai penyakit. Khasiat antioksida Anggur Putih dapat meneutralkan radikal bebas atau proses semula jadi suasana kehidupan.

Tidak hairan sekarang begitu banyak terdapat jus minuman berasaskan astrak komponen Anggur Putih untuk minuman kesihatan juga kecantikan sekaligus memenuhi cita rasa masyarakat dunia malahan sebagai cabang perniagaan sangat berpotensi mengaut keuntungan di abad ini.


Sunday, August 12, 2012

Durian Belanda

Buah yang lazat kegemaran masyarakat dunia dan terkenal sebagai pembunuh secara semulajadi Sel Kancer cukup ajaib lebih kuat sehingga mencapai sasaran 10,000 kali ganda daripada Kemoterapi tanpa kesan sampingan yang memudaratkan tubuh badan pesakit.

Kaya dengan khasiat Anti Tumor atau Kanser cukup kuat mencegah pelbagai penyakit berkaitan Kanser melalui kajian saintifik dan terbukti keberkesanannya dalam rawatan tradisional juga moden ketika ini menjelang teknologi berinovasi tinggi sehingga telah dijadikan jus minuman kesihatan untuk pasaran global.

Bukan sahaja mencegah Kanser malah dapat melawan serangan berbagai jenis Parasit dan Cacing, Anti Bakteria dan Fungus, meredakan Stres/tekanan juga kadar tekanan Darah Tinggi turun dengan baik serta menjadikan Sistem Saraf seperti biasa atau normal.

Durian Belanda cukup lazat dijadikan jus minuman dengan campuran madu dan sedikit gula tebu atau susu cecair dihidangkan sejuk sedikit samada dari pati sejuk atau letak ais sedikit. Ia begitu bagus diminum ketika tengahari sebelum makan juga sebelum tidur malam, selepas itu tidur cukup selesa kerana aku selalu minum waktu malam kemudian tidur dan ia adalah sesuatu yang menarik apabila bangun merasa begitu segar.

Wednesday, January 25, 2012

Teras Pokok Mambu

Suatu tumbuhan pokok herba tertua di dalam dunia sehingga mencapai tahap hidup selama 200 tahun yang memiliki banyak khasiat semula jadi dan mampu merawat berbagai penyakit.

Cukup menarik Mambu telah menjadi kaedah rawatan tradisional semenjak dahulu kala sehingg kini biarpun kaedah rawatan moden semakin canggih namun masih digunakan sebagai alternatif rawatan tanpa bahan kimia.

Menarik terhadap mambu ia boleh mencerahkan deria mata kabur bila diamalkan berterusan. Ramai orang tidak tahu kegunaannya, selain sukar untuk mendapatkan di pasaran kerana tidak di jual di mana-mana berikutan tiada permintaan dari para pelanggan, namun pokok mambu mudah tumbuh di merata tempat.

Teras pokok Mambu agak tua kelihatan seakan berwarna putih, anda boleh ambil dan rebus hingga mendidih, sebaiknya gunakan periuk tanah tetapi lain periuk juga boleh digunakan atau menggunakan alat pemanas air sehingga mendidih dan rendam teras pokok mambu sehingg air panas jadi suam-suam setelah itu boleh di minum siang dan malam berterusan ikut masa lapang terluang.