Saturday, July 16, 2011

Minyak Zaitun

Tumbuhan herba terkenal semenjak dahulu kala, kini telah menjadi produk istimewa khusus kecantikan kulit dalam rumusan bahan cosmetik aneka jenama pengilang industri pasaran dunia.

Minyak zaitun di estrak dari buah zaitun sudah lama berada di pasaran dalam dan luar negara untuk kecantikan kulit sesuai dengan pelbagai iklim merata negara. Harga minyak Zaitun sesetengah negara cukup mahal kerana susah untuk mendapatkannya dan melalui proses samada kaedah tradisional atau moden dengan teknologi tinggi serta kos semakin naik, namun ada pula kalangan negara begitu murah harganya kerana banyak bahan mentah dan proses pembuatan terlalu mudah.

Keistimewaan Minyak Zaitun boleh menghaluskan kulit andainya digunakan berterusan hanya sapu pada kulit, maka kulit serta merta jadi lembap dapat hindarkan daripada kekeringan kulit akibat cuaca dan perubahan faktor gaya hidup yang tidak dapat di kawal serta pencemaran alam. Tubuh badan menjadi kuat menentang serangan penyakit jantung dan kanser serta mengawal diabetis juga kolestrol darah kerana itu ia sering digunakan sebagai bahan resepi masakan disamping turut dijadikan minyak rambut dengan campuran air rabusan halia boleh melebatkan rambut untuk mencegah keguguran dan keputihan rambut.

Miyak Zaitun juga telah digunakan dalam industi pengeluaran makanan kesihatan tidak kurang pula Chef hotel bertaraf dunia turut mencampurkan dalam masakan resepi terkenal dan mendapat permintaan para pelanggan. Tabib urut tradisional telah menfaatkan sejak ribuan tahun dahulu antara pelbagai negara kerana keistimewaannya yang boleh melegakan dan sebagai arometerapi dengan campuran minyak wangi dan rampah ratus untuk kalangan ibu hamil serta pesakit kronik kulit.

Anda boleh menjalani gaya hidup sihat tanpa kos tinggi dengan menggunakan minyak Zaitun dalam pelbagai tujuan untuk kesihatan berpanjangan disamping dapat menghindarkan penyakit kritikal dan melegakan minda setelah penat bekerja seharian, hanya tiga titik minyak Zaitun letak di dahi dengan urutan lembut bahagian kepala sehingga ke leher. Anda akan dapat tidur lena tetepi ingat jangan lakukan sekiranya anda keluar dan memandu kereta bimbang terlena dan membawa padah hanya lakukan bila hendak tidur malam sahaja. By by cik Zaitun, cantik namamu secantik kulitmu, ramai cemburu dan terpikat!!

Tuesday, July 5, 2011

Daun Batik

Tumbuhan herba yang mudah diperolehi untuk memperbaiki tahap kesihatan seperti daun batik bukan sahaja lazat tetapi boleh meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badan agar sentiasa bertenaga sepanjang melaksanakan tugas harian yang semakin hari kian sibuk.

Apa yang anda susahkan sangat dapatkan sahaja daun batik dan rebus, kemudian minum airnya amalkan berterusan. Daun batik juga kini ada di pasaran samada daun batik asli atau produk kesihatan yang telah diproses menjadi makanan tambahan melalui pengilangan bertaraf dunia.

Anda juga boleh melakukannya sendiri, dapatkan daun batik rebus dan sejukkan selain boleh diminum juga boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama dan minum sahaja, rasakan kepahitannya semoga biasa minum air rebusan yang pahit-pahit, bukan sahaja muka anda cantik tetapi semua nyamuk tidak akan mengigit tubuh anda kerana ketakutan dengan darah anda bertukar rasa menjadi pahit, biarkan nyamuk terkejut salah sangka macam majik dan pergi jauh-jauh serta memberitahu kawan-kawannya, awas merbahaya jangan dekat dengan dia. Padan muka engkau Nyamuk!! Darah ku sekarang cukup pahit belum campur lauk cukup masin.

Ingat nyamuk pun ada cita rasa, pandai pilih darah siapakah yang terlalu manis, maka orang itulah harus digigit terlebih dahulu. Mengapa engkau tak elak?

Tubuh Mengandungi Asid

Pelbagai kaedah untuk meningkatkan oksigen dalam tubuh badan agar mempunyai keseimbangan yang berterusan dan boleh menentang sarangan penyakit kritikal.

Paling senang melakukan iaitu memelihara pemakanan sepanjang hidup agar mendapat tahap kesihatan yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan dalam berbagai keadaan. Anda boleh mengambil kalium bikarbonat dan magnesium sulfat/klorid yang akan membantu memperbaiki tahap oksigen dalam tubuh disamping itu boleh menggunakan infra red dan titanium serta magnet dan lain-lain seumpamanya yang telah melalui kajian saintifik.