Gigi sangat penting untuk mengunyah makanan, gigi yang cantik juga kelihatan lebih menawan bila melimparkan senyuman. Gigi yang menawan turut melahirkan keyakinan seseorang itu dalam perhubungan khususnya berbicara dengan lapisan masyarakat hari ini yang perlu penampilan menarik dan menawan.
Gigi harus dijaga sepanjang hidup untuk mengelakkan penyakit berbahaya yang dibawa melalui jangkitan bakteria rongga mulut kerana menyebabkan penyakit paru-paru, kencing manis, pembuluh darah dan penyakit jantung. Mikro organisma yang membiak akan mengakibatkan penyakit lain bertambah dan merebak ke bahagian tubuh yang lain mudah di jangkiti dan diserang mikro organisma sekiranya pertahanan sistem tubuh tidak kuat untuk menghalang serangan penyakit dan mikro organisma.
Penting sekali pemakanan kualiti untuk menjalani gaya hidup sihat tanpa ganguan serangan penyakit yang melemahkan tubuh disamping penjagaan kesihatan berterusan bagi mempastikan tidak terdedah kepada serangan mikro organisa berbahaya yang menjadi punca penyakit merebak.
Saturday, August 7, 2010
Garam
Pengambilan garam berlebihan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi tanpa disedari makanan yang diambil kebanyakan mengandungi garam sedangkan keperluan garam harian dalam tubuh lebih kurang 6 gram atau satu sudu teh sahaja. Garam sebagai perisa sudah tentu akan digunakan dalam pelbagai hidangan harian tanpa garam lauk pauk kurang masin.
Aneka keperluan makanan masa kini mengandungi garam seperti mayonis, ikan masin, taucu, sos, perisa kiub, perisa serbuk, keju, ikan tin, roti, sosej, burger biskut, makanan segera, keropok, belacan, telur masin dan sebagainya.
Garam sebenarnya sumber kehidupan tubuh tetapi jangan berlebihan kerana memudaratkan badan. Walaubagaimanapun garam perlu untuk membantu mengekalkan tekanan darah pada kadar normal disamping itu mengawal keseimbangan cecair badan serta untuk fungsi otot dan saraf yang sempurna. Seandainya tiada garam akan memudaratkan juga badan.
Garam perisa lauk pauk untuk rasa lebih lazat, jadi makanlah garam tetapi jangan berlebihan untuk gaya hidup sihat supaya terhindar dari pelbagai punca penyakit yang akan membantutkan aktiviti harian. Bayangkan kalau terlantar di hospital, berapa lama baru dapat bergerak dengan lebih bebas.

Subscribe to:
Posts (Atom)