Saturday, August 7, 2010

Gigi Cantik

Gigi sangat penting untuk mengunyah makanan, gigi yang cantik juga kelihatan lebih menawan bila melimparkan senyuman. Gigi yang menawan turut melahirkan keyakinan seseorang itu dalam perhubungan khususnya berbicara dengan lapisan masyarakat hari ini yang perlu penampilan menarik dan menawan.

Gigi harus dijaga sepanjang hidup untuk mengelakkan penyakit berbahaya yang dibawa melalui jangkitan bakteria rongga mulut kerana menyebabkan penyakit paru-paru, kencing manis, pembuluh darah dan penyakit jantung. Mikro organisma yang membiak akan mengakibatkan penyakit lain bertambah dan merebak ke bahagian tubuh yang lain mudah di jangkiti dan diserang mikro organisma sekiranya pertahanan sistem tubuh tidak kuat untuk menghalang serangan penyakit dan mikro organisma.

Penting sekali pemakanan kualiti untuk menjalani gaya hidup sihat tanpa ganguan serangan penyakit yang melemahkan tubuh disamping penjagaan kesihatan berterusan bagi mempastikan tidak terdedah kepada serangan mikro organisa berbahaya yang menjadi punca penyakit merebak.

No comments:

Post a Comment