Monday, February 15, 2010

Obes Masyarakat Dunia

Masalah kritikal zaman teknologi tinggi telah menjadi satu isu global negara-negara besar paling maju dan negara sedang membangun ketika ini menimpa masyarakat dunia terutama sekali kadar obesiti kalangan kanak-kanak dan remaja tidak termasuk orang dewasa juga lanjut usia.
New York, Amerika Syarikat kadar peningkatan obesiti telah mendadak di kalangan kanak-kanak, punca utama tabiat pemakanan tidak sihat dengan pengambilan minuman soda berkarbonat. Minuman diambil cukup membimbangkan sehingga setiap 12 auns peningkatan risiko kanak-kanak hadapi obesiti sebanyak 60%.

Obisiti akan menimbulkan penyakit kanser dikalangan orang dewasa kerana fungsi imunisasi tubuh akan menjadi rendah akibat ketulan lemak yang berlebihan, kancer esofagus mempunyai hubung kait dengan lebihan lemak dalam badan dan kanser endrometrial yang merebak berasal dalam bahagian rahim.

Minuman manis bersoda artifisial mengakibatkan masalah ginjal sekiranya tidak dikawal dan melebihi dua hidangan sehari. Paras insulin akan meningkat akibat pemanis tiruan yang akan membentuk pengumpulan lemak dalam tubuh. Biasanya wanita lebih cepat mendapat penyakit berhubung ginjal berbanding kalangan leleki yang telah melalui ujian saringan rawatan.

No comments:

Post a Comment