Hidupan laut pelbagai Spesies yang mengandungi khasiat pemakanan untuk tubuh badan
memenuhi kesihatan supaya dapat meningkatkan sistem imunisasi sepanjang hari
menjalankan tugas. Ikan Salmon bukan sahaja dijadikan lauk, kini Estraknya turut dijadikan bahan rumusan pemakanan tambahan, kosmetik dan pelbagai pengeluaran
industri kecantikan komersil sedang hebat bersaing di dunia pemasaran tanpa sempadan untuk memenuhi keperluan pemakanan masyarakat berbilang kaum yang semakin sibuk.
Khasiat Ikan Salmon kaya Amino Acid/Asam Asid, Vitamin A, B, dan C, Selenium, Kalsium, Zat Besi, Omega -3 dan Protein.
‘Omega
3 fatty acid atau Omega 3 asid lemak’ boleh
mencerahkan penglihatan dan baik untuk kesihatan mata bermanfaat untuk para
pelaajar dan sesiapa yang suka membaca serta membawa kereta perjalanan jauh
kerana mata sentiasa sihat bila mengamalkan makan ikan Salmon. Sekiranya kos
mahal, sila pilih ekstrak daripada ikan Salmon dalam
bentuk Pil atau Gel untuk pemakanan kerana ia cukup mudah dan murah malah boleh
di bawa dan makan di mana sahaja.
Keistimewaan ikan Salmon mengandungi
Amino acid atau Asam Asid berfungsi memperbaiki Insulin,
Sendi dan mencegah Inflamasi iaitu keadaan tubuh menjadi merah dan sakit,
bengkak bila ia bertindak balas akibat kecederaan atau jangkitan kuman atau
disebabkan kerosakan tisu akibat bahan kimia Serta mencegah penyakit Diabetes,
Darah Beku dan Kardiovaskular.
Nutrisi atau pemakanan
berkhasiat dan seimbang untuk tubuh bukan berasaskan ubatan daripada ikan
Salmon mengandungi vitamin A, B, dan D, Selenium, Kalsium, Zat Besi boleh
memperbaiki sel jaringan kuku, rambut, enzim dan hormon iaitu merupakan sebatian kimia akan bertindak menyampaikan maklumat atau memberikan isyarat antara sel-sel badan melalui darah
yang penting dalam transduksi isyarat
organisma multisel dan Hormon tergolong antara jenis dan sifat kimia sebagai
contoh Lipid (testosteron), Amina (Tiroksina) dan Peptida
(Insulin).
Ikan Salmon kaya Protein boleh berfungsi membentuk otot dan turut membantu pembakaraan lemak dalam tubuh manusia dengan lebih baik kerana tidak boleh di cerna dengan begitu mudah berbanding Karbohidrat hasil daripada pemakanan berterusan. Ia sesuatu cukup menarik sebagai hidangan menu lauk pauk.
Lebih menarik lagi Omega 3 dalam kandungan ikan Salmon
memperbaiki Sistem Otak untuk berfikir lebih bijak dan cepat juga mencegah
penyakit Alzheimer dan menurunkan Stres/Tekanan iaitu keadaan rasa cemas atau
tegang juga resah, biasanya menghadapi tekanan kerja juga akibat tekanan mental
atau fizikal.
Anda boleh pilih bentuk pemakanan yang ringkas namun berkhasiat untuk tubuh badan sebagai keperluan
tenaga harian kerana bila badan mula sakit dan sudah kritikal mungkin
memerlukan rawatan dengan kos tinggi yang tidak mampu dibayar disamping banyak
lagi produk pemakanan kesihatan sedang berada di pasaran.