Friday, June 24, 2011

Biodiesel

Reka cipta produk mesra alam mengalami perubahan pesat, selaras dengan perkembangan teknologi tinggi dan kini Biodiesel boleh menggantikan Diesel Petrol di pasaran dunia yang menjadi keperluan masyarakat antarabangsa disamping permintaan yang semakin tinggi.

Penghasilan Biodiesel melalui proses kimia dikenali sebagai Pentransesteran, iaitu gliseren akan dipisahkan daripada minyak tumbuhan. Bahan baku itu direaksikan bersama alkohol dan katalis, lalu hasilkan 2 produk iaitu Metil Ester (Biodiesel) atau Gliserin dan Monoetil Ester sebagai produk sampingan. Bahan baku utama untuk penghasilan biodiesel mempunyai kandungan Trigliserida, Asam Lemak Bebas (ALB) dan zat-pencemar tergantung kepada pengolahan dari bahan baku tersebut. Penyulingan dan Pemisahan Biodiesel akan dilakukan untuk dapatkan Biodiesel sesuai ikut Standard Bahan Bakar subsitusi motor diesel SNI 04-7182-2006 (SNI)

Biodiesel yang akan dihasilkan sesuai agar mengikut Standard iaitu bahan Baku tersebut harus menjalankan pemulihan terlebih dahulu. Namun demikian penghasilan biodiesel berbeza mengikut sesebuah Negara, ini kerana sumber setiap negara adalah berlainan.

Friday, June 10, 2011

Gula Batu Tebu

Tahukah anda tebu atau gula batu tebu mempunyai khasiat untuk menghaluskan kulit wajah seandainya diamalkan berterusan tanpa berlebihan, jangan risau ia tidak akan menjejaskan kesihatan asalkan tidak berlebihan malahan makanan harian mungkin lebih mengandungi banyak gula.

Anda boleh menfaatkan, sekiranya begitu minat untuk kecantikan kulit tanpa keluarkan kos tinggi disamping penggunaan alatan kecantikan sedia ada tanpa kimia yang akan memberikan satu kombinasi penjagaan kulit.

Aku telah praktikkan minum air gula batu tebu lebih 11 tahun semenjak bergiat dalam bidang pelancungan, hasilnya kulit wajah cukup halus dan cantik, meskipun aku lelaki namun begitu aku gembira memiliki dan melihat wajah sendiri begitu menarik perhatian malah ramai wanita sering bertanya mengapa kulit mu halus dan cantik, maka saya beritahu dengan iklas.

Aku selalu minum air tebu segar untuk kecantikan kulit wajah tanpa kos tinggi tetapi sukar untuk dapatkan kerana kesibukan harian, maka aku pilih gula batu tebu walaupun sudah diproses namun khasiatnya tidak semua hilang, apa susah minum sahaja kulit wajah cantik dan halus. By by sayang cubit pipimu.

Wednesday, June 1, 2011

Streptokokus Pneumoniae

Seluruh dunia setiap tahun hampir 1.6 juta orang mati akibat penyakit penumokokus mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Separuh dari angka ini adalah kanak-kanak bawah usia 5 tahun, Negara-negara membangun senarai paling tinggi mencatat gejala ini.