Kadar kematian akibat penyakit jantung di Malaysia adalah senarai tertinggi berbanding penyakit lain, namun adalah senarai tangga kedua selepas kematian akibat kemalangan jalan raya.
Pelbagai punca penyakit jantung merebak yang sukar di rawat bila sampai di tahap kritikal, antaranya selalu ambil makanan banyak minyak dan lemak, khusus mengandungi banyak kolesterol disamping tekanan perasaan/stress, kurang senaman berterusan dan lain-lain seumpamanya.
Kemampuan dari segi kewangan yang tidak boleh di kawal ketika menikmati makanan dan minuman yang tidak menyumbang kearah gaya hidup sihat menjadi lumrah kerana semakin hari semakin sibuk dengan urusan harian. Lebih malang lagi sekiranya mementingkan cita rasa tanpa mengambil kira kualiti khasiat pemakanan kerana kurang prihatin terhadap penjagaan kesihatan berterusan sepanjang hayat, akhirnya berhadapan dengan serangan pelbagai risiko penyakit ketika usia meningkat dan sukar melawan penyakit.