Saturday, March 19, 2011

Aromaterapi Ekstrak Organik

Haruman tumbuhan kaya nutrien dan fitokimia dihasilkan dengan teknologi tinggi sebagai produk melegakan tekanan dan menenangkan badan setelah penat bekerja seharian mendapat sambutan masyarakat dunia merata tempat seperti Spa, klinik kecantikan, pusat pelancongan dan sebagainya.

Aromaterapi berasal daripada perkataan Perancis iaitu ‘Aromatherapie’ membawa maksud rawatan menggunakan haruman untuk melegakan kesakitan dan tekanan kini sudah meluas penggunaannya dimerata dunia daripada pusat kesihatan dan kecantikan serta pengamal perubatan tradisional dan sebagainya.

Ekstrak sendiri produk Haruman Aromaterapi sebagai rawatan alternatif berpakej tradisional dan moden untuk memberikan perkhidmatan menjalani gaya hidup sihat dalam dan luar negara serta rawatan pelbagai penyakit dengan ekstrak sendiri pelbagai produk kesihatan secara tradisional dan moden. Sasaran 3 tahun lagi menjelang 2014 penggunaan teknologi nano dalam proses ekstrak aneka produk khusus rawatan pelbagai penyakit dan memberikan perkhidmatan antarabangsa dengan kos berpatutan kerana ambil kira atas dasar prihatin bagi masyarakat dunia kurang mampu menampung kos rawatan yang semakin tinggi.

Syabas...Perancis terkenal dengan industri haruman dunia dan destinasi pelancongan romantik semanjak dahulu. Aromaterapi Estrak Organik terlalu sedikit dalam pasaran dunia kerana proses ekstrak dengan kombinasi campuran minyak tumbuhan pati 100% tulin dan pekat, lantaran itu harga mahal namun manfaatnya cukup baik untuk melegakan tekanan mental dan ketegangan perasaan. Istimewanya merangsang kesegaran otak bila bernafas ketika tidur agar selesa dan lena serta boleh membekalkan oksegin dalam tubuh disamping menambah baik mekanisme tubuh dan sel saraf untuk memelihara DNA supaya sel dalam badan tidak rosak malah bertahan dengan lebih kuat, selain mencegah kegelisahan dan menampilkan perwatakan gaya hidup sihat sepanjang waktu dengan lebih gembira.

Penggunaan hanya 2 – 3 jam ketika hendak tidur malam boleh mengeluarkan haruman hingga esok pagi, sungguhpun mahal namun boleh bertahan selama lebih kurang satu bulan. Seandainya digunakan hanya satu jam sahaja boleh menjangkau selama lebih kurang 3 bulan.

Selain aromaterapi saya menggunakan aneka minyak wangi Jenama Perancis sampai sekarang sebagai rawatan tradisional dan moden, berikutan pertama kali guna minyak wangi buatan Perancis pada 1989 hingga kini sudah 21 tahun bekasnya masih wangi kerana kualiti tinggi dan mesra alam, produk seumpama ini cukup baik dalam menjana budaya gaya hidup sihat dikalangan masyarakat dunia yang semakin berhadapan dengan suasana tekanan kritikal.

Wednesday, March 16, 2011

Zafaran 'Crocus Sativus'


Ketika Zaman Rasulullah SAW Zafaran atau Safron sudah digunakan terutama sekali untuk Minda kerana merangsang kekuatan daya ingatan hasil pertumbuhan sel-sel otak semakin sihat. Syaidina Ali r.a. memiliki kekuatan ingatan begitu luar biasa dikagumi sahabatnya dan banyak lagi keistimewaan herba ini mengikut fakta ahli Saintis terkenal dunia.

‘Longgok Emas Gurun Pasir’ gelaran terkenal Zafaran tumbuhan herba zaman silam cukup tinggi nilai dan khasiat yang hanya boleh dimiliki para raja dan bangsawan sehingga tidak mampu digunakan kalangan orang ramai untuk mendapatkan manfaatnya dari sudut kesihatan.

Zafaran dikenali dengan nama safron atau koma-koma tumbuhan herba famili Iridaceae cukup terkenal begitu mahal akan menghasilkan hanya sedikit sahaja lima sampai tujuh kilogram Zafaran kering dalam lot tanah seluas satu hektar. Zafaran atau Safron diambil dari stigma bunga Saffron Crocus, ia sejenis bunga begitu cantik dan cukup menarik berwarna ungu muda, sekuntum bunga Zafaran akan keluar tiga stigma warna merah boleh dipetik ketika musim luruh sahaja. Keadaan dan tumbesarannya juga sangat romantik disamping menghasilkan gaya hidup sihat bila diamalkan berterusan, khazanah alam berhasiat mahal dan kualiti tinggi.

Crocus Sativus nama saintifik Zafaran. Keunikannya lebih 60 nama dari kalangan negara dunia seperti negara China dikenali sebagai ‘Fang Hong Hua’ dan India dikenali ‘Kesar’ manakala Jepun dipanggil Safuran malah meluas penggunaannya dalam bidang perubatan dunia terutama Timur Tengah, Eropah, India, Rusia, Jerman dan lain-lain negara.

Industri minyak wangi pembuatan produk ‘Attar Za’faran’ hasil campuran Zafaran dengan Cendana, begitu juga Industri Makanan dan Minuman menghasilkan produk inovasi melalui ramuan campuran tulin semula jadi untuk mengekalkan khasiatnya mencegah pelbagai penyakit kritikal di pasaran dunia komersial kerana komposisi bahan kimia aslinya dalam stigma bunga Zafaran seperti asid amino, vitamin dan mineral, karbohidrat dan protein serta flavonoid. Tidak ketinggalan Industri Kosmetik turut keluarkan produk ‘antioksida’ melambatkan proses penuaan, pencerah kulit dan rawatan jerawat serta penyakit kulit dan lain-lain.

Zafaran telah diamalkan semenjak dahulu kala untuk memperbaiki tahap kesihatan kerana kaya khasiat B2 (riboflavin) dan vitamin B1 (tiamin) disamping pigman berwarna seperti likopen, antosianin, krosin dan karotena serta zeaksantin terdapat pada Zafaran.

Zafaran mengeluarkan aroma wangi dengan kehadiran safranal begitu juga rasanya pahit kerana mengandungi pikrokrosin, maka itu ia digunakan dalam masakan masyarakat dunia di Timur Tengah dan India Serta Eropah dan lain Negara sebagai perisa dan cirinya memberikan warna. Masyarakat India gemar campurkan dalam minuman, nasi dan pencuci mulut. Manakala Negara Teluk suka menghidangkan tetemu dengan minuman campuran buah pelaga, kopi dan zafaran.

Keluarga kami juga sudah sekian lama mengamalkan penggunaan Zafaran dalam minuman dan makanan agar menikmati gaya hidup sihat berpanjangan sehingga kini untuk mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, migrain, selesma, cacar, sakit sendi, keluarkan dahak, asma, sakit kepala, lelah, kitaran haid, resdung, menambahkan tenaga serta cegah sengal tulang, rawatan kulit atau cegah jeragat dan jerawat serta letih bekerja dan sebagainya.

Mengikut kajian Pakar Saintifik 'Estrak Zafaran' dapat mencegah penyakit jantung dan menurunkan tekenan darah, hepatitis A dan B (bengkak hati) secara langsung boleh cegah asma kerana melancarkan sistem respirasi, kanser, radang paru-paru, radang mata, lumpuh. Kehebatannya Zafaran diaplikasi sebagai ‘sedatif’ menjadi rumusan penenang mencegah penyakit murung akibat terlalu gelisah (runsing).

Monday, March 14, 2011

Proses Makanan Halal

Seandainya anda mempunyai minat mendalam terhadap Kursus Pemprosesan Makanan Halal, sila dapatkan maklumat terperinci daripada www.kursusprosesmakanan.blogspot.com atau klik links Gaya Hidup Sihat iaitu 'Kursus Memproses Makanan Halal' yang tertera. Banyak keistimewaan mengikuti kursus ini disamping dapat ilmu pengetahuan tentang industri halal anda juga boleh menjadi usahawan untuk membangunkan ekonomi dengan lebih berpotensi dan daya bersaing.

Masyarakat Dunia kini sudah ramai memilih industry makanan halal malah di Eropah terdapat pasaran makanan halal cukup meluas dengan permintaan kepadatan penduduk dunia semakin bertambah dari masa ke semasa. Pasaran halal menjadi lebih komersial telah menawan hati para pelabur dalam dan luar negara menceburi dengan permintaan pasaran sedia ada sampai bila-bila masa dan tidak akan pupus malahan semakin bertambah kerana sesuai terhadap semua kalangan masyarakat dunia tanpa mengira fahaman dan agama.

Ciri istimewa makanan halal adalah untuk menikmati gaya hidup sihat ternyata sebagai bukti dengan kemunculan pelbagai produk halal di pasaran dunia mempunyai permintaan sangat tinggi dan berdaya saing yang sukar jatuh, maka itu ahli perniagaan global berlumba-lumba menceburi Industry Halal untuk mendapatkan keuntungan begitu komersial.