Friday, November 26, 2010

Sami Yusuf ‘King Pop Muslim’

Sami Yusuf ‘King Pop Muslim’ mencapai kejayaan dunia muzik genra islamic, unik cukup istimewa memiliki alunan suara boleh dijadikan hiburan minda sebagai santapan lagu-lagu rohani inspirasi industri nasyid antarabangsa melakar peristiwa antara 500 Muslim berpengaruh di dunia tersenarai di The Royal Islamic Strategic Studies Centre terbitan 2009.

Anda boleh lawati website www.samiyusufofficial.com untuk melihat perkembangan terbaru dan antara menarik ialah album terbaru judul ‘Where You Are’ nantikan kehadirannya yang menjadi pilihan ramai dipelusuk dunia. Sebelum ini ogos 2009 rakaman single pertama ‘You Come To Me’ disalurkan dalam bentuk video telah menarik pengunjung seramai 2 juta penonton menerusi Youtube dan terbaru single kedua ogos 2010 ‘Healing’ diterbitkan menarik 167,777 penonton juga melalui Youtube.

Keistimewaan lagu-lagu ciptaan Sami Yusuf mengandungi unsur hiburan mental sekali gus boleh dijadikan trapi minda halwa telinga manusia yang suka terhadap hiburan dan muzik. Mesej kemanusiaan begitu sinis dan menyindir kuasa-kuasa besar dunia yang telah mencabul hak kemanusiaan sejagat. Paling menarik sekali Sami Yusuf tulis tiap lagu cukup teliti menyentuh perasaan dan nilai-nilai Spiritual serta Ketuhanan sehingga media Majalah Times terkenal di seluruh dunia menggelar Sami Yusuf ‘Rockster Muslim’ di London. Lantaran keberanian dan kelantangannya, maka banyak anugerah dimiliki dalam masa singkat sebagai penghibur status dunia.

Saya sendiri sering kali mengikuti perkembangan beliau, samada saya di dalam atau luar negara kerana lagu-lagu Sami Yusuf begitu unik sangat berlainan dengan artis-artis antarabangsa, namun masih ramai artis cukup hebat seperti Yusuf Islam dan lain-lain lagi tetapi Sami Yusuf tersendiri unik dan istimewa menempuh industri muzik dengan pantas melakar nama dipersada dunia. Nilai-nilai Spiritual dan Ketuhanan cukup selesa bila kita perhatikan dan dengar sebaik-baiknya boleh menjadi hiburan mental serta trapi minda dalam menjana gaya hidup sihat.

Untuk menjadikan budaya gaya hidup sihat sebenarnya tidak sukar hanya anda harus tahu apa keperluan anda mengikut keadaan masa dan tempat. Ramai masyarakat dunia tidak tahu bahawa muzik yang selesa didengar atau diminati boleh menjadi trapi minda dan hiburan minda bila di ambil kira dari segi manfaat serta kesannya ke atas otak yang sedang tegang tertekan dengan pelbagai masalah kehidupan berhadapan dengan kesukaran. Tidak hairan setelah dengar lagu yang bagus otak kita akan segar, bukankah anda boleh amalkan gaya hidup sihat tanpa keluarkan kos tinggi namun seandainya anda mahu rangsangan gaya hidup sihat cukup kualiti anda harus tahu lebih mendalam dan meluas akan kaedahnya, begitu cukup mudah simple jimat tenaga masa dan wang.

No comments:

Post a Comment