Friday, December 25, 2009

Makanan Halal

Makanan halal menyumbang kepada tubuh badan gaya hidup sihat sepanjang masa. Makanan tercemar dengan pelbagai bahan kimia akan merosakan organ-organ dalaman tubuh badan manusia dan menjejaskan kesihatan serta menggangu aktiviti juga ekonomi harian kerana tidak berdaya saing disamping kos sarah hidup meningkat.
Ini masalah masyarakat dunia yang sedang dihadapi ketika ini.

Makanan halal bersih lagi suci akan menyuburkan tubuh badan dan pemikiran yang terbaik disamping menjalani aktiviti harian dalam menjadikan budaya masyarakat hidup lebih sihat. Tidak kira apa anda makan asalkan halal bersih lagi suci ia tetap menyumbang kepada tubuh anda kearah gaya hidup sihat. Bayangkan orang-orang kurang sihat dan berada dihospital, cuba hitung berapa ramai meninggal dunia akibat pelbagai penyakit berpunca makanan tercemar serta tidak halal dan sebagainya akan
menimpa diri anda sendiri.

Pilih makanan untuk keluarga anda dengan bijak supaya anda tidak menyesal. Makanan halal bersih lagi suci lebih berkat walaupun sedikit. Makanan halal boleh didapati dari pelbagai lokasi berdekatan dengan anda seperti makanan mempunyai logo halal atau tempat yang anda sedia ketahui.

Keperluan makanan halal begitu tinggi dengan permintaan pasaran dunia melebihi 6 billion setahun, masih belum menampung pengguna masayarakat antarabangsa keseluruhan. Dimana masyarakat Eropah bukan Islam juga memilih makanan halal untuk gaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan sekali gus dapat elakkan penyakit kritikal sepanjang hayat malah dapat mengurangkan kos rawatan akibat makanan tidak halal dan bila kita renung sejenak betapa pentingnya makanan halal dalam kehidupan masyarakat dunia yang boleh menjamin kesihatan selagi hidup dimuka bumi ini. Potensi kualiti Makanan Halal bukan sahaja menyumbang kepada gaya hidup sihat malah membina Industri Halal Global sekali gus membekalkan makanan bebas pencemaran alam dan mengelakkan pelbagai punca penyakit sekiranya pengeluar produk halal mematuhi keperluan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) yang selaras dengan Sistem Pembangunan Standard Malaysia dibawah tanggung jawab Jabatan Standard Malaysia (DSM).

Keistimewaan produk halal boleh melahirkan pemikiran mental cukup hebat dan telah terbukti melalui kajian saintifik semenjak zaman kegemilangan Islam hingga diakui para saintis dunia bahawa makanan halal akan mempengaruhi jati diri seseorang itu yang akan membentuk peribadi mulia disisi Tuhan dan masyarakat sekelilingnya.

Sesuatu yang menarik Negara Malaysia telah menganjurkan Forum halal Sedunia (WHF) pertama kali di rantau Eropah yang dihadiri 33 negara selama dua hari tahun lalu nov 17 & 18 di Pusat Konvensyen Dunia Hugue, Belanda dalam mengembangkan potensi Industri Halal di arena antarabangsa dan menyampaikan mesej sebenar produk halal. Forum bertemakan ‘Potensi Halal- Fokus Serantau’ Penceramah forum Mufti Besar Bosnia Herzegovina dan Dr Mustafa Ceric serta Dr Michael Appleby ahli Majlis Ternakan Ladang United Kingdom, menjelaskan dengan lebih terperinci difinisi dan potensi produk halal. Dapat disimpulkan industri halal membina Ekonomi Masyarakat Dunia dan menyumbang pembangunan minda insan kualiti kearah gaya hidup sihat tanpa sempadan benua, bebas penyakit yang berpunca daripada pembuatan pengeluar makanan mematuhi Sistem Standard Antarabangsa.

Sihat Cantik & Cergas

Biasakan diri anda melawan arus kehidupan serba mencabar.
Setiap masa selalu dapatkan oksigen semula jadi bina kekuatan tubuh badan untuk memelihara kesihatan. Antara sumber oksigen semula jadi yang boleh dimanfaatkan
untuk kesihatan tubuh ialah bangun awal pagi dan hidu udara bersih disekitar yang banyak tumbuhan hijau berdekatan lokasi anda. Tubuh badan anda akan serta merta sihat
namun oksigen dalam tubuh badan akan berkurangan disebabkan aktiviti kehidupan moden yang tidak dapat dielakkan seperti pencemaran dan sebagainya.

Anda perlukan oksigen sepanjang masa untuk aktiviti harian dalam masa yang sama kesihatan tidak terjejas. Pengunaan alat bantuan dapat mengekalkan oksigen dalam tubuh badan sepanjang masa supaya tidak letih bekerja seperti magnet bertekanan tinggi, infra red, titinium, herba asli, vitamin dan sebagainya.

Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Laman Blog Gaya Hidup Sihat

Tahniah anda telah melawat blog saya
Anda akan dipaparkan maklumat tentang gaya hidup sihat dari masa kesemasa.
Anda hanya lawat blog saya bila perlukan sesuatu maklumat berkenaan gaya hidup sihat.
Syabas...