Friday, November 26, 2010

Nenas ‘Ananas Comosus’

Spesies tumbuhan Tropika kaya khasiat bermanfaat untuk keperluan masyarakat global yang semakin mendapat sambutan dipasaran dunia. Buah nenas dipanggil pineapple mengikut bahasa Inggeris lantaran rupa bentuk yang sama dengan pokok kon pain.

Negara tempat asal nenas iaitu Bolivia, Paraguay dan Brazil banyak sekali menanamnya dan sudah terkenal sejak dahulu lagi, namun di Malaysia terdapat juga nenas tetapi terhad penanaman dan pengeluaran hasil khususnya makanan dalam tin seperti mana negara maju.

Nenas produk minuman yang lazat tetapi kurang sesuai bagi ibu mengandung kerana sifatnya yang tajam dan kuat dikhuatiri akan memberi kesan sampingan terhadap bayi kandungan sekiranya diminum dalam kuantiti yang banyak. Seandainya ibu-ibu ingin menikmati nenas tunggu selepas beberapa bulan setelah melahirkan bayi, ini penting untuk kebaikan bayi sekurang-kurangnya selepas emam bulan umur bayi. Apa pun keadaan biar sedarhana asas pemakanan yang diambil dan ia akan kurang kesan sampingan yang menjejaskan tahap kesihatan para ibu sekiranya tidak berlebihan.

Keistimewaan nenas mempunyai khasiat vitamin A, B1 dan C yang tinggi serta asid sitrik berkesan menyingkir lemak dalam tubuh dan boleh kuruskan bentuk tubuh badan sampai ramping macam saloma. Sangat menarik ia mampu merawat barah serta enzim buah nenas hapuskan fibrin yang mengakibatkan strok dan penyakit jantung malah menguatkan daya tahan badan juga meredakan bengkak-bengkak. Melancarkan peredaran haid dan berkesan menangani masalah pundi kencing, cacing, badan lesu dan pencernaan.

Jus nenas boleh mengatasi kekeringan bahagian muka dan bibir, manakala air nenas muda sesuai sebagai rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan mematikan cacing dalam perut. Buah nenas dimakan atau boleh dijadikan jus minuman untuk cuci tubuh badan, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, melawaskan kencing dan deman kuning serta masalah hati.

Pokok nenas dan buahnya boleh dijadikan hasil sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid sitrik dan asid malik, malahan batang dan buahnya boleh digunakan untuk melembutkan daging tanpa bahan tambahan. Nenas sesuai untuk pengamal gaya hidup sihat sebagai impian bentuk tubuh langsing dan pejal, badan kurang lemak berhimpun seperti pinggang, paha, leher dan lengan serta lain-lain angota tubuh badan.

Hari Ozon Antarabangsa

Setiap tahun 16 Sept sambutan negara–negara ahli Protokol Montreal mengenai Bahan Pemusnah Ozon naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap masyarakat dunia begitu penting melindungi Ozon bagi mengurangkan ancaman Bahan Pemusnah Ozon (BPO) seperti Klorofluorokarbon (CFC).

Malaysia juga sebagai negara ahli Protokol Montreal turut serta menbuat sambutan Hari Ozon Antarabangsa bagi menangani isu Tipisan Lapisan Ozon selaras komitmen globalisasi kearah pembangunan lestari dan isu perubahan iklim dunia yang mesra alam untuk kebaikan masyarakat dunia sejagat.

Masyarakat Dunia harus terus berusaha agar dapat mengekalkan pematuhan dan pencapaian cemerlang untuk kesejahtaraan generasi akan datang supaya tidak timbul perdagangan haram BPO seperti CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CTC) disamping pencegahan Jabatan Alam Sekitar, pihak Industri juga harus memainkan peranan penting untuk mencapai misi Obligasi Dunia terhadap Protokol Montreal secara langsung akan mencegah ancaman Bahan Pemusnah Ozon (BPO).

Gaya Hidup Sihat begitu penting khusus masyarakat dunia nikmati bersama, maka itu peranan utama harus menyumbangkan pemuliharaan bumi Mesra Alam daripada ancaman dan kemusnahan Lapisan Ozon yang semakin terhakis Tipis dan Kritikal, seandainya tidak dilindungi sudah pasti masyarakat dunia juga akan menanggung akibatnya daripada bahang kepanasan iklim dunia suhu melampau tinggi dan lain-lain hidupan tidak terkecuali turut ditimpa.

Syabas...Malaysia mencapai kejayaan dalam mengurangkan penggunaan CFC sejak fiskal 2009 sehingga 181% dari nisbah purata garis dasar penggunaan fiskal 1995-1997, capaian ini sudah melebihi paras sasaran pematuhan 100% pengurangan 01 Jan 2010 telah digariskan mengikut jadual penghapusan BPO di bawah Protokol Montreal.

Habbatus Sauda ‘Nigella Sativa Linn’

Tumbuhan herba ditanam meluas masyarakat dunia untuk rawatan dan perubatan terkenal ribuan tahun semenjak dahulu hingga kini dari sudut saintifik terbukti hasil kajian para sarjana dunia perubatan.

Keistimewaan dan keunikan perubatan Nabi SAW lebih 1,400 tahun lalu, berdasarkan kebenaran bukti dalil samawi dan naqli begitu efektif cukup berkesan mendahului zaman teknologi tinggi ketika itu masih belum wujud kaedah rawatan dan peralatan teknologi. Khasiat dan manfaat Habbatus Sauda telah terdapat dalam Hadis Nabi hingga kini menjadi rujukan para Sarjana Dunia Perubatan khusus dalam reka cipta ramuan tanpa bahan kimia berasaskan astrak Habbatus Sauda disamping para Sarjana Islamic banyak memaparkan kehebatannya sebagai penawar dalam rawatan dan perubatan pelbagai penyakit kritikal.

Habbatus Sauda dalam Bahasa Arab atau Jintan Hitam dikenali dengan nama saintifiknya Nigella Sativa Linn, tanaman herba rempah ratus sebagai ramuan resepi masakan malahan dijadikan ramuan penawar pelbagai penyakit ketika zaman awal Tamadun Islamic sudah terlebih dahulu menjadikan amalan budaya gaya hidup sihat untuk menampuh aktiviti cukup lasak dengan kesibukan harian.

Herba tumbuhan liar berasal dari negara Mediterranean dan Asia Tenggara, berikutan banyak khasiat maka ia telah ditanam dengan meluas di pelbagai negara iaitu Syria, Asia Tenggara seperti India dan Parsi kini Iran, Eropah Selatan juga Afrika Utara terutama Mesir, bahkan ia mudah tumbuh biarpun tanah konteng lagi kering atau di tepian jalanan serta halaman kediaman kerana sifatnya yang begitu tahan lasak sehebat khasiatnya menyumbang daya tahan penyakit untuk manfaat manusia.

Rawatan aneka jenis penyakit dan sudah dikenali ribuan tahun dahulu oleh masyarakat Timur Tengah, India dan Pakistan yang terlebih awal menggunakan sebagai rawatan dan perubatan serta resepi masakan namun demikian tidak semua spesies boleh digunakan sebagai rawatan dan perubatan.

Habbatus Sauda herba rawatan dan perubatan ‘Phytotherapeutic mempunyai bahan aktif iaitu ‘Thymoquinone’ telah di ekstrak berkhasiat sebagai awet muda boleh mengurangkan penyakit Azheimer dan barah juga risiko penyakit jantung mengikut kajian saintifik Universiti Putra Malaysia.

Ibnu Sina Sarjana Islamic Timur Tengah dalam bidang perubatan menjadi rujukan saintis dunia maka tidak hairan nama beliau diabadikan dalam buku sejarah perubatan Timur dan Barat seperti bukunya Canon of Medicene menerangkan lebih lanjut kehebatan Habbatus Sauda yang dapat memulihkan rasa penat dan semangat serta perangsang tenaga juga memanaskan darah supaya aliran lebih lancar tanpa tersekat-sekat dan lain lagi.

Nabi Muhammad SAW bersabda ‘Sungguh dalam Habbatus Sauda itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali al-syam (Mati). Hadis Bukhari diriwayatkan dari Aisyah R.A.(Sahih Bukhari 5687). Hadis Muslim pula menyatakan: ‘Tidak ada satu penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian’. (Sahih Muslim 2215)

Penyakit Peluh ‘Hiperhidrosis’

Wanita sering terdedah kepada Hiperhidrosis atau penyakit peluh, namun begitu tidak merbahaya sungguhpun menggangu aktiviti harian yang cukup sibuk untuk dilaksanakan sebagai tuntutan memenuhi tanggung jawab keluarga tersayang.

Keadaan ini tidak selesa kerana badan berpeluh dalam sekelip mata ditempat-tempat sensitif seperti ketiak, paha, tapak tangan dan kaki, dada serta belakang badan dan lain-lain. Bau kurang menyenangkan dikawasan ketiak hingga pakaian basah akan mengganggu komunikasi komuniti sedang diatur dan sedang berjalan.

Anda harus kurangkan makanan yang meyumbangkan bau tidak selesa seperti banyak rempah, pedas, bawang putih dan merah juga besar serta lain-lain berkaitan seumpamanya agar badan tidak berbau atau setidak-tidaknya bau badan berkurangan. Namun masih boleh ambil makanan dan minuman yang diastrak dalam bentuk pil atau jus seperti bawang putih dan lain-lain lagi kerana produk tersebut telah dinyabau atau disingkir terlebih dahulu dengan peten teknologi tinggi sebelum berada dipasaran dunia.

Punca Hiperhidrosis daripada lebihan rangsangan saraf simpatek terhadap kelenjar peluh yang terbabit. Kini rawatan khusus hiperhidrosis semakin popular terutama negara maju dan individu aktif terlalu padat dengan urusan penting. Walau bagaimanapun banyak rawatan kurang berkesan termasuk penggunaan suntikan botulinum (Botox) dan ubat sapu.

Pembedahan simpatektomi suatu rawatan terbukti berkesan kaedah teknologi tinggi melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy (ETS) akan dilakukan selepas diberikan bius menyeluruh (General Anesthesia). Komplikasi hanya sedikit sahaja dan pada nisbah yang kecil.

Buah-buhan astrak jus betik, limau, orange dan sayur-sayuran kekacang, keladi, lobak, kubis, brokoli boleh dikukus dan amalkan lebih kurang sebulan boleh mengurangkan peluh berlebihan.

Saya selalu minum air campuran limau atau lemun diperah samada dingin atau suam untuk singkir bau badan disamping paling jimat kos rasanya juga lazat. Guna produk teknologi tinggi U.S.A untuk kurangkan bau badan dan sudah lima tahun masih belum habis, selain minum jus aneka buahan dibeli dipasaran atau beli terus dalam talian dari arizona dan lain-lain produk pasaran dunia mengandungi vitamin dan mineral kualiti tinggi untuk memenuhi gaya hidup sihat.

Malaysian produk juga cukup hebat khususnya produk penyahbau badan telah menembusi pasaran antarabangsa hasil penggunaan peralatan teknologi tinggi setanding negara maju untuk pengeluaran produk dalam dan luar negara. Saya guna produk penyahbau badan pelbagai negara dan begitu menarik sekali Asean produk jimat, kualiti, tahan lama jua mesra alam.

Sami Yusuf ‘King Pop Muslim’

Sami Yusuf ‘King Pop Muslim’ mencapai kejayaan dunia muzik genra islamic, unik cukup istimewa memiliki alunan suara boleh dijadikan hiburan minda sebagai santapan lagu-lagu rohani inspirasi industri nasyid antarabangsa melakar peristiwa antara 500 Muslim berpengaruh di dunia tersenarai di The Royal Islamic Strategic Studies Centre terbitan 2009.

Anda boleh lawati website www.samiyusufofficial.com untuk melihat perkembangan terbaru dan antara menarik ialah album terbaru judul ‘Where You Are’ nantikan kehadirannya yang menjadi pilihan ramai dipelusuk dunia. Sebelum ini ogos 2009 rakaman single pertama ‘You Come To Me’ disalurkan dalam bentuk video telah menarik pengunjung seramai 2 juta penonton menerusi Youtube dan terbaru single kedua ogos 2010 ‘Healing’ diterbitkan menarik 167,777 penonton juga melalui Youtube.

Keistimewaan lagu-lagu ciptaan Sami Yusuf mengandungi unsur hiburan mental sekali gus boleh dijadikan trapi minda halwa telinga manusia yang suka terhadap hiburan dan muzik. Mesej kemanusiaan begitu sinis dan menyindir kuasa-kuasa besar dunia yang telah mencabul hak kemanusiaan sejagat. Paling menarik sekali Sami Yusuf tulis tiap lagu cukup teliti menyentuh perasaan dan nilai-nilai Spiritual serta Ketuhanan sehingga media Majalah Times terkenal di seluruh dunia menggelar Sami Yusuf ‘Rockster Muslim’ di London. Lantaran keberanian dan kelantangannya, maka banyak anugerah dimiliki dalam masa singkat sebagai penghibur status dunia.

Saya sendiri sering kali mengikuti perkembangan beliau, samada saya di dalam atau luar negara kerana lagu-lagu Sami Yusuf begitu unik sangat berlainan dengan artis-artis antarabangsa, namun masih ramai artis cukup hebat seperti Yusuf Islam dan lain-lain lagi tetapi Sami Yusuf tersendiri unik dan istimewa menempuh industri muzik dengan pantas melakar nama dipersada dunia. Nilai-nilai Spiritual dan Ketuhanan cukup selesa bila kita perhatikan dan dengar sebaik-baiknya boleh menjadi hiburan mental serta trapi minda dalam menjana gaya hidup sihat.

Untuk menjadikan budaya gaya hidup sihat sebenarnya tidak sukar hanya anda harus tahu apa keperluan anda mengikut keadaan masa dan tempat. Ramai masyarakat dunia tidak tahu bahawa muzik yang selesa didengar atau diminati boleh menjadi trapi minda dan hiburan minda bila di ambil kira dari segi manfaat serta kesannya ke atas otak yang sedang tegang tertekan dengan pelbagai masalah kehidupan berhadapan dengan kesukaran. Tidak hairan setelah dengar lagu yang bagus otak kita akan segar, bukankah anda boleh amalkan gaya hidup sihat tanpa keluarkan kos tinggi namun seandainya anda mahu rangsangan gaya hidup sihat cukup kualiti anda harus tahu lebih mendalam dan meluas akan kaedahnya, begitu cukup mudah simple jimat tenaga masa dan wang.