Thursday, October 7, 2010

Penyakit Tiroid

Masyarakat dunia kini semakin terdedah kepada pelbagai penyakit kritikal yang boleh membawa maut. Antara punca utama adalah kurang prihatin terhadap pemakanan namun untuk memenuhi gaya hidup sihat bukan suatu masalah tetapi tahap kesedaran pengambilan makanan setiap hari kurang diberikan perhatian. Ini mengakibatkan punca merebak sesuatu penyakit dengan cepat, maka hopital sentiasa pedat dengan kehadiran pesakit dari perbagai pelusuk.

Tiroid suatu penyakit yang kerap menyerang wanita hari ini samada selepas atau semasa hamil. Maka pencegahan awal adalah perlu daripada merebak kesemua bahagian badan akibat pengaruh tiroid yang membahayakan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan agar tidak terjejas.

Suatu kaedah ringkas tanpa banyak kos adalah makan dan minum dengan sedarhana tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar serta banyak rehat untuk kebaikan bayi anda yang tersayang. Makanan harus dikunyah hingga hancur(lumat) supaya organ usus dan buah pinggan tidak akan menjadi lemah untuk menghadamkan sesuatu makanan yang pelbagai diambil setiap hari dalam memenuhi gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment