Friday, September 28, 2012

Anggur Putih

Buah Anggur Putih begitu lazat dimakan dan kini telah menjadi satu produk permintaan sangat tinggi dikalangan peminat kesihatan dan kecantikan dipasaran dunia. Ia mengandungi antioksida, vitamin C dan khasiat yang banyak antaranya mengurangkan kanser, sakit jantung, strok, pelupa, nyanyuk.

Anggur Putih mengandungi vitamin C cukup tinggi dan boleh meningkatkan prestasi antioksida tubuh badan disamping mencantikkan kulit terutama kulit wajah, kini biji anggur telah dijadikan resipi cosmetik untuk kecantikan dan jus komponen sebagai minuman kesihatan masyarakat global yang menginginkan hidup mesra alam dalam menjalani aktiviti harian yang semakin sibuk.

Proses penuaan kulit sering terjadi dengan cepat akibat Radikal bebas dari pencemaran yang tersebar luas di merata pelosok telah dikesan para Saintis dan buah Anggur Putih dapat memperlahankannya juga menguatkan antibodi tubuh untuk melawan pelbagai penyakit. Khasiat antioksida Anggur Putih dapat meneutralkan radikal bebas atau proses semula jadi suasana kehidupan.

Tidak hairan sekarang begitu banyak terdapat jus minuman berasaskan astrak komponen Anggur Putih untuk minuman kesihatan juga kecantikan sekaligus memenuhi cita rasa masyarakat dunia malahan sebagai cabang perniagaan sangat berpotensi mengaut keuntungan di abad ini.